CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

we + us... :)

Daisypath Friendship tickers

Followers

Tuesday, August 31, 2010

DETIK 31 ogOs 1957!!!


erm,, enty x nim semgt patriotik sket!! hehehe,, mklumla..ri ni kn kemerdekaan negara kite sendiri...Malaysia!!! :) tup tap tup tap,, da 53 taun negara kite Merdeka an?? lme 2...

teringat lak zmn skul dl,, lau sambutan Merdeka kt skul dl,, meriahh sesagt!!! ktorg tgok mOvie sempena merdeka rmai2,, pas2 nyanyi lg merdeka rmai2,, n so On!! ckgu2 pm mlm 2 bg jek ktorg men mercun,, + bunga api....waaahhhhhhh!!! miz my skul sesgt :'( erm,, memg best sgt ble time cOuntdown kt skul dl,, yela...wlpn xsehebat cOuntdown kt dataran merdeka,, but 2 me....it really awsome!!! :))

ha,, alang2 da cter sal merdeka nim,, mesti da xingt sal sejrh kemerdekaan negara kte an? al-mklumla,,, da lme xbuke bku sejarh..hik3!! ( ak pm sme jek,, 2x5 gk!! hehehe...) ni la sedikit sebnyk sal sejrh kemerdekaan yg ak bru servey td kt p.cik gOogle..hehe,, sharing is lOving an? sO.. ak share la kt sume:))

Apabila tarikh Kemerdekaan telah ditentukan, Tunku telah mengarah Jabatan Kerja Raya untuk membina sebuah stadium terbuka yang akan dijadikan tempat pengistiharan Kemerdekaan. Tunku memilih sendiri lokasinya, di sebuah bukit yang rendah berdekatan Jalan Birch dan stadium itu dinamakan 'Stadium Merdeka'. Stadium Merdeka 5.00 pagi, 31 Ogos 1957, hujan turun dengan lebatnya. Dato' Abdul Razak yang melawat Stadium pada pagi itu gelisah dengan takungan air di tengah-tengah padang di mana Askar Melayu akan mengadakan perbarisan kehormat. Dato' Razak adalah Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan dengan Tunku sendiri adalah Pengerusinya.

7.00 pagi, hujan mulai reda. Dato' Razak menalifon Tunku dan melaporkan keadaan di stadium. Beliau mencadangkan agar ketibaan Raja-raja Melayu, Duke serta isteri dan Pesuruhjaya Tinggi dilewatkan satu jam.

9.00 pagi, langit mulai cerah, rintik-rintik hujan semakin mengecil dan hilang dari pandangan. Perabut dan perhiasan mula dibawa keluar dengan kadar segera. Tunku telah bersiap sedia di rumahnya. Berbaju Melayu hitam, berkain samping, berselitkan keris bersarong gading dipinggang serta bertengkolok songket, Tunku menantikan saat untuk bertolak.

Di Stadium Merdeka, Tunku berdiri gagah menerima ketibaan Duke of Gloucester yang memakai pakaian istiadat ketenteraan British berpangkat Field Marshall. 'God Save The Queen' berkumandang ketika Duke of Gloucester yang merupakan pakcik Queen Elizabeth II masuk dan mengambil tempat. Duke telah diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray. Raja-raja Melayu pula duduk dipayungi oleh sembilan payung kuning, Yang DiPertuan Agong pula duduk di tengah-tengah, di kirinya Tunku dan di kanannya Duke.

Duke kemudiannya menyerah 'Instrumen Kemerdekaan' yang mana merupakan suatu pengakuan British bahawa ia menyerahkan kedaulatan Pulau Pinang dan Melaka kepada negara baru ini dan seterusnya menarik balik 'perlindungan' yang diberikan kepada negeri-negeri Melayu. Tunku kemudiannya membacakan pengistiharan Kemerdekaan yang antara lainnya menyebut "Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah Melayu untuk selamanya sebuah negara yang demokratik dan Merdeka". Acapkali suaranya tenggelam dan pekikan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh rakyat sebuah negara baru yang lahir dari suatu perjuangan yang suci.

Seorang anak bangsa yang menyaksikan segalanya di depan mata, menghuraikan pengalamannya, Hujan renyai-renyai menghiasi pagi. Tanpa disedari linangan air mata membasahi pipi. Stadium Merdeka dibanjiri oleh anak-anak bangsa yang datang dari setiap pelusuk negeri. Masing-masing hadir dengan harapan yang tinggi. Menjadi saksi, satu peristiwa yang penuh bererti, yang tidak akan dilupai tersemat disanubari sampai mati. Merdeka telah kita miliki 'Merdeka! Merdeka! Merdeka!



SHARING (2)

Rahsia 13


Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…



Monday, August 30, 2010

da ONE i'll call my WIFE...

IBU,, MAMA,, MA,, UMMI,, BONDA....:)


Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan
berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu
bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah”.

Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus
sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu
sudah tiada.

p/s : ingatlah pengorbanan ibuuuuu….:))

Thursday, August 26, 2010

i'm epi nOw....:))

1. suke

2. suke malu2


3. tersangtla suke!


4. hik3!!! cOme x gg caye?? :)


5. ala,,, gg caye lg la bnyk! :P


6. suke + ngtok??


7. caye epi + gumbira~~


8. smileeee.....:)


9. lucu + suke....



10. lawaknye!!!


11. sawaiiiiii... sebut sme2 k? mst bibir aw pm cme cm caye~~ :))


12. suke terlalula over.. huk3


14. tgokla puas2 caye suke..!!
bye....

FADHILAT SURAH YAASIIN


1. Daripada Ana, Rasulullah SAW bersabda: " setiap sesuatu ada hati dan hati Al-Quran adalah Yaasiin" dan sesiapa yg membaca Yaasiin, maka ALLAH SWT tulis baginya sepertimana membaca Al-Quran 10x.

2. Daripada Abu Hurairah r.a, bersabda Rasulullah SAW: " sesiapa yg membaca Yaasiin pd waktu malam, maka akan diampunkan keesokannya. dan sesiapa yg membaca "Haamim Al Dukhan" nescaya akan diampunkan baginya keesokannya."

3. Daripada Abdullah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: "sesiapa yg membaca Yaasiin waktu malam utk mendapat keredhaan Allah SWT, maka akan diberi keampunan baginya."

4. Daripada Ma' qil Ibni Yasar berkata: "Al Baqarah adlh rangka. Al- Quran diturunkan setiap 1 ayat dgn disertakan 80 Malaikat + ayat Kursi khususnya diturunkan khas dr di bawah Arsy Allah yg tersusun di dlm surah Al-Baqarah. Dan surah Yaasiin adlh jantung hati Al-Quran.

5. Daripada Ma' qil Ibn Yasar berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Bacalah Yaasiin atas orang yg meninggal dunia.

6. Sesetengah ulama' berkata ttg Yaasiin bahawa antara keistimewaan surah Yaasiin ialah apabila dibaca x ada kesulitan melainkan dimudahkan oleh Allah. Dan adalah bacaanya (Yaasiin) ketika nazak, maka rahmat + berkat turun + dipermudahkn baginya roh keluar dgn nazaknya.

7. Daripada Ibnu Abbas r.a berkata: Nabi SAW telah bersabda: "adalah saya suka kalau surah Yaasin dlm hati setiap insan drpd ummatku."

8. Daripada Safuan berkata: Adalah alim ulama berkata: "apabila dibaca Yaasiin ke atas mayat, maka diringankn Allah baginya (Sakaratulmaut)."

Selamat beramal....:))

SHARING (1)

PADERI MELAYU YANG BARU TIBA DARI SINGAPURA BERADA DI SINI SEKARANG - RAZMAN ZAKRI Subject: FW: PADERI MELAYUPLEASE FORWARD THIS MESSAGE TO OTHER MUSLIMS.. SEKARANG KRISTIAN SEDANG AKTIF DI SEREMBAN 1900 ORANG PADERI MELAYU YANG BARU TIBA DARI SINGAPURA BERADA DI SINI SEKARANG. MEREKA MENGGUNAKAN SIHIR. BERHATI- HATI DENGAN AIR MINERAL JENAMA:- 1. AL -BARAMKAH 2.AL-MANSORI 3. AL-BISTARIA P/S : SAMA ADA DIPEROLEHI SECARA PERCUMA ATAU DIJUAL MURAH SEMUA AIR-AIR INI TELAH DICAMPUR DENGAN 'HOLY WATER' TOLONG SEBARKAN MESSAGE INI KEPADA SEMUA UMAT ISLAM/SAHABAT/SAHABIAH & DLL. SESUNGGUHNYA KITA TAK TERMAMPU MEMEGANG SENJATA UNTUK MENEGAKKAN AGAMA ISLAM, AKAN TAPI KITA BOLEH LAKUKAN DENGAN SEND MESSAGE NIE .. SEMOGA JASA BAIK INI DIRAHMATI OLEH ALLAH SWT..

Friday, August 20, 2010

i SAYANG u ... :)

erm,, memg bnde nim,,,, i like it sO mucchhhhh!! :) hheheeheh....
taraaaa....:)


1. waa,,, memg tul2 fresh ag nim! i like it:)



2. white's tulips....erm,, suci + teng tul ble tgok an?? tul x? hehe...



3. waaahhh,,, gorgeous!!! purple is my fvourte cOlour..:)



4. erm,,, white plusss red!! exctly look very nice~~~



5. red in cOlour! erm,, to me... it's still nice :) wlpn nmpk garang... hik3!



6. yellow!!! peace cOlour...:))


+ da last one~~~~ my sweeti:)) jjur i ckp,, i tul2 syg u larh..... hik3!


7. my favourte tulips!!!!!!! :)



p/s: hehe,, sebb 2 la nme blog nim gadis tulipsz!!!! cOz i like tulips sO much...:)) hehe..



Tuesday, August 17, 2010

GUYS,,,,, PLEASE APPRECIATE ME :)


Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sehingaaku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku. Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu, dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah . Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawanaku boleh pegang tangan awek diorang.

Tapi aku? Bila aku cakap macam tu,dia cuma senyum dan cakap pada aku, "Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak... Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak..." Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa akudah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan. "Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir.Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak,terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia," tukata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang. Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ.

Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan akulihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi. Di hospital keadaankelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruangdalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia.Dia ikhlas sayangkan aku. Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Diaberada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar.

Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu. "Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau," hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu.Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu. Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pastihadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botolitu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu. "Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap harisaya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak adadalam hati saya. Happy Birthday sayang..." Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di dalamnya tertulis, "Love is like a poisonous mushroom. You don't know if it isthe real thing until it is too late.." Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas.

Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata akutak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur.

Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar,bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Diabukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnyatangannya. Pertama kali aku menyentuhnya. Aku bisikkan ketelinganya,"Sayang..saya datang... Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf," pertama kali aku minta maafdarinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.

"Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?"jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar. Setiap hari aku berdoa supayadia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia.

Genap dua minggu, aku mendapat beritadia sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang palingbermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahumelawat dia. Aku rindu senyuman dia. Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, akuterlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan akuuruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai. Taksangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu terterabahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal bersertanamaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku."Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola.Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka.Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebabdia nak buat surprise. Dia cakap dia nak makan kek ni dengan abang.Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abangjaga akak tu elok-elok," ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang dikedai itu memberitahuku.

Aku senyum sepanjang jalan ke hospital. Sampaidi hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapabersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakanterkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku. "Sayang.. terimakasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tukirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Sayasuapkan ya?" aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernahduga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia takpernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Akupernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku. "Baliklah. Saya makin sakit tengok awak.Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awaklagi," pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Diatak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia takpernah macam ni. Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku!

Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejakkejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar beritapun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengankawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya.Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia. Ah,panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin.Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satuwajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia.Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makanbersama lelaki lain. Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Diamengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang jugamakan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Danaku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebihserba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain. Suaminyalelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapatmenyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalamhatinya yang suci.

Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernahdiberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah gantidengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipiliholeh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpanserpihan kaca botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangatmustahil untuk kembali seperti dulu.


Pesanan buat semua lelaki,hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku. Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mangalah dengan setiap kemahuanku. Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu.Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain.

Related Posts with Thumbnails