CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

we + us... :)

Daisypath Friendship tickers

Followers

Saturday, January 29, 2011

SEDIA ?



Exam, peperiksaan, test, imtihan, sudah menjadi lumrah setiap pelajar mesti menghadapinya. “The examination is just araound the corner.” Itulah kata guru yg sentiasa take care of us!
Mana notaku? Mana bukuku? Inilah yg terjadi apabila terjadinya peperiksaan….

Ungkapan “Good Luck” pula biasa diungkapkan oleh ibu bapa, ahli keluarga, guru-guru dan juga kawan-kawan kita. Debaran kian kencang apabila diumumkan tarikh keputusan hanya tinggal beberapa hari lagi….. segala penat lelah selama ini dirasakan berbaloi apabila tercatatnya keputusan yg menggembirakan!

Tapi….. sedarkah kita itu hanyalah ujian yg dibuat oleh insan yg bergelar manusia? Bagaimana pula ujian yg Allah timpakan kpd kita?

Adakah kita; “Ya Allah.. tabahkanlah hati hambamu ini dalam menghadapi dugaan darimu.” Atau…. “Wahai Tuhanku, mengapa ini terjadi kepadaku? Mengapa? Mengapa?.” Tepuk dada….

Tanyalah iman! Adakah kita akan berusaha berijtihad utk mendapatkan yg terbaik di sana? Adakah dgn ujian itu akan membuatkan kita mampu utk mengukir senyuman gembira utk mendapatkan hasil yg terbaik di sana atau sebaliknya?



Sama-samalah kita renungkannya……..

Thursday, January 27, 2011

TEMU DUGA !



Dalam 1 sesi temuduga pengambilan kerani baru, tuan pengurus amat terkejut dengan penampilan salah seorang daripada calon yg hadir pada hari tersebut. Budak muda itu hanya memakai jean yg koyak di lutut, telinganya bersubang, rambutnya diwarnakan merah bercampur ungu dan berperwatakan yg amat tidak bersesuaian dgn jawatan yg telah ditetapkan.

Tapi nak tolak, tak boleh tolak macam 2 je…. Apa-apa pun dia kena ‘interview’ juga pemuda 2. Jadi, si pengurus ni pun tanyalah pemuda tersebut; “Kalau awak dapat buat 1 ayat dlm bahasa Inggeris dgn menggunakan perkataan yg saya bagi,, saya akan ambil awak bekerja dan seterusnya mengisi kekosongan jawatan ini ! Perkataan2nya ialah GREEN, PINK, YELLOW, BLUE, WHITE, PURPLE, dan BLACK !”

Setelah berfikir sejenak, pemuda tersebut pun menjawab soalan pengurus itu………..

“I hear the phone GREEN, GREEN….. GREEN…., Then I go and PINK up the phone, I say YELLOW…. BLUE’S that? WHITE did you say ? Aiya…! Wrong number la…. Don’t PURPLE disturb people and don’t call BLACK, okay ? Thank you.”

Pengurus itu terus pengsan !!!

Tuesday, January 25, 2011

DOA PILIHAN…




Dimulakan dgn lafaz Bismillahhirrahmanirrahim………

(1) Doa Selamat daripada Azab Neraka

FIRMAN Allah SWT : Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka jahannam daripada kami.. sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengerikan. Sesungguhnya neraka jahannam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk. (Surah al-Furqan: 65-66)

*Doa ini amat berfaedah diamalkan selepas solat 5 waktu, malahan ketika waktu
lain sekali pun…..

(2) Doa Keampunan dan Kerahmatan

FIRMAN Allah SWT : Wahai Tuhan kami, kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami dan sememangnya Engkaulah juga sebaik-baik Pemberi rahmat. (Surah al-Mu’minun)

*Berdoalah dengan doa ini agar beroleh rahmat yang dikurniakan oleh Allah kepada orang-orang yang beriman…..

Saturday, January 22, 2011

LELAKI BUDIMAN….



Sejak kenaikan harga bahan api, En. Naim menemani anaknya Zul , yg baru masuk kelas 1 ke sekolah dgn menaiki bas. Selepas tamat waktu persekolahan, mereka berdua pulang dgn perasaan gembira. Zul terus berlari mendapatkan ibunya yg menanti mereka di pintu rumah.

Zul : Mak, tadi, masa naik bas ayah suruh saya bangun dan beri tempat duduk kpd seorang perempuan.

Mak : Ha, macam 2 la anak mak. Itu yg sepatutnya dilakukan oleh lelaki budiman.

Zul : Tapi kan mak,,, masa 2 saya tengah duduk di atas riba ayah.

Mak : @????xx!!

Friday, January 21, 2011

BELAJARLAH DARI ALAM….



Belajar dari Matahari :
- Adil menebar cahaya dan memberikan kehangatan kpd semua, baik yg terawang-awang di angkasa mahupun yg bertebaran di atas bumi,,, kpd yg miskin mahupun yg kaya,,, yg mulia hatinya juga, buat si kejam…. kpd semua makhluk ciptaan Illahi.

Belajar dari Bunga :
- Sentiasa tersenyum menyebarkan harumannya, menghadiahkan kecantikan utk mengubat hati yg gundah, juga menggembirakan setiap mata yg memandang.

Belajar dari Lebah :
- Sentiasa berganding bahu, bekerja dgn hati yg riang dan semangat membaca.

Belajar dari Pokok :
- Menghadiahkan buah yg manis dan segar sambil menundukkan dahannya.

Belajar dari Bulan :
- Tenang memancarkan cahanya yg kemilau dan indah buat menyuluh malam yg gelap.

Belajar dari Sungai :
- Tabah bergerak menuju ke destinasi dgn meredah apa sahaja halangan hinggalah sampai ke muaranya. Airnya lembut dan tenang, tapi tiada satu pun mampu menghalang kemaraannya.

Belajar dari Daun yg luruh :
- Sabar ketika menghadapi kesukaran, sentiasa tersenyum menunggu hari yg baik dan sesuai utk tumbuh kembali.

Belajar dari Hujan :
- Kehadirannya dinanti-nantikan buat menyejuk alam yg hangat, membasahi kekeringan, menghijaukan tanah yg gersang dan memberi ‘nyawa’ kpd tumbuh-tumbuhan.


P/s : Lihatlah ke dlm diri masing2… pelajarilah sifat2 alam yg dicipta oleh-Nya ! dan belajarlah dari alam kerana kita juga sebahagian darinya…..

Saturday, January 15, 2011

TEMPAHKAN AKU SEBUAH BILIK DI NERAKA!



Nauzubillah….. !!! ini adalah perkongsian hasil pembacaanku dr sebuah majalah…. Menurut majalah tersebut….

Pada suatu hari, seorang gadis yg terpengaruh dgn cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini utk menuju ke destinasi di wilayah Iskandiah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yg terkenal dgn tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut amat menjolok mata. Bajunya amat nipis dan seksi hampir terlihat segala yg sepatutnya disembunyikan bagi seorang perempuan dr pandangan lelaki ajnabi. Gadis itu, dlm lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yg dipenuhi dengan uban menegurnya.

“Wahai saudari ! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yg baik, yg sesuai dgn ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik drpd kamu berpakaian begini yg pastinya menjadi pandangan liar kaum lelaki….”

Nasihat orang tua itu. Namun, nasihat yg sangat bertepatan dgn tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dgn jawapan mengejek.

“Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yg menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?”.

Setelah menghembuskan kata2 yg sangat mengguris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kpd orang tua tadi sambil melafazkan kata2 yg lebih dasyat!

“Ambil telefon ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku.”

Katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dgn begitu biadap.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis itu. Sayang wajahnya yg ayu tidak sama dgn perilakunya yg buruk. Penumpang2 yg lain turut terdiam… ada yg menggelengkan kepala kebingungan. Semua yg ada di dalam bas tidak menghiraukan gadis yg masih muda itu yg tidak menghormati hukum hakam dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan menghina agama dgn lebih teruk lagi.

10 minit kemudian, bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yg lain mengejutkannya tapi gadis tersebut x sedarkan diri. Orang tua tadi memeriksa nadi gadis itu. Sedetik kemudian, dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dlm keadaan yg tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dgn berita yg menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba2 tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar utk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi, mereka terkejut! Sesuatu yg aneh menimpa jenazah yg terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. 2 orang pemuda cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik sahaja menyentuhnya.

Akhirnya, mereka memanggil pihak keselamatan utk menguruskan mayat tersebut. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yg menimpa gadis malang tersebut….. apakah hasratnya menempah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.



P/s : Sangat baik jika kita semua jadikan kisah ini sebagai iktibar dan pengajaran. Jangan sesekali mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya dgn mempersendakan dan mengejek !!!

Friday, January 14, 2011

FADHILAT MENJADI PEREMPUAN ….



- Doa (P) lebih makbul drpd doa (L) kerana sifat penyayang (P) lebih kuat drpd (L).

- Para malaikat beristighfar utk (P) yg mengandung dan Allah baginya 1000 kebajikan dan menghapuskan 1000 kejahatan.

- Apabila seorang (P) itu sakit hendak bersalin,, maka Allah mencatatkan baginya pahala berjihad pada jalan Allah.

- Apabila seorang (P) melahirkan anak,, maka Allah keluarkan baginya dosa2 seperti kpd ibu melahirkan anaknya.

- Apabila anaknya lahir lalu disusuinya, maka Allah akan memberi 1 kebaikan drpd 1 tegukan susu yg diminum oleh anaknya.

- Apabila semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya sakit, maka Allah memberi pahala ibarat memerdekakan 70 hamba dgn ikhlas utk membela agama Allah.

- Sesiapa yg menggembirakan anak (P), nescaya darjatnya seumpama orang yg sentiasa menangis takutkan Allah dan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

- Barangsiapa yg memberi hadiah hendaklah mendahulukan anak (P), dan menyukai anak (P) seolah-olah memerdekakan anak Nabi Ismail.

- Tiap2 (P) yg menolong suaminya dlm urusan agama, maka Allah memasukkannya ke dalam syurga terlebih dahulu drpd suaminya. (10000 tahun)

- (P) yg solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan serta memelihara kehormatan diri dan taat akan suaminya, msuklah dia dari mana2 pintu syurga yg dikehendakinya.

- (P) yg solehah (baik) lbh drpd 1000 (L) yg soleh.

- Aisyah berkata; aku bertanya kpd Rasulullah, “Siapakah yg lebih berhak ke ats seorang perempuan?”
Jawab Rasulullah; “Suaminya.” “Siapa pula yg berhak ke atas seorang lelaki?” Jawab Rasulullah; “Ibunya.”

- Apabila kedua ibu bapamu memanggil, jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

- Wanita yg taat kpd suaminya ditutup baginya semua pintu neraka dan dibuka baginya semua pintu syurga dan dia diberi pilihan utk memasuki syurga melalui pintu yg dia suka dan tidak dihisab.

- Syurga di telapak kaki ibu.

- Barangsiapa yg mempunyai 2 atau 3 anak (P) atau saudara (P) dan bersikap ihsan dlm pergaulan serta mendidik mereka penuh takwa dan penuh rasa tanggungjawab,, maka baginya syurga Allah.

- Daripada Aisyah r.a ; Barangsiapa yg diuji dgn sesuatu drpd anak (P), lalu dia berbuat baik kpd mereka, maka jadi penghalang baginya api neraka.


P/s : Subhanallah !!! sesungguhnya betapa bertuahnya kita dijadikan sbg seorang perempuan …..

Wednesday, January 12, 2011

CROCODILE LAND ….

Tijah merupakan budak kampung, tetapi dia bekerja di Kuala Lumpur. Biasalah, bila sudah menetap di “town”,,, mulalah lupa asal usul. Pakaian seksi maut, bercinta pula dgn lelaki ‘Mat Saleh’. Ke hulu ke hilir menayang bf nya yg bermata biru. Punyalah eksyen si Tijah ni.

Sehinggalah suatu hari, dia ternampak bf nya dengan wanita lain yg mana lbh cantik dan bergaya daripadanya.

Tijah menangis 3 hari 3 malam. Pada malam ke-4, Tijah mengambil sehelai kertas dan menulis surat utk memutuskan perhubungannya dgn lelaki Mat Saleh yg baru sebulan dikenalinya itu. Beginilah bunyi surat yg ditulis oleh Tijah bt. Kulup Kecil….

John….

I WANT TO CUT CONNECTION US. I have think about this very cook-cook. I know I clap one hand only. Correctly, I have seen u and she walk-walk together at town with eyes myself. You grab she. You always ask for apology back-back. I don’t trust you again !!! You are really crocodile land !

My friend speak you play wood three. First-first I think my friend lie me. But know I know you correct-correct playwood three. So, I break connection to pull my body from this love trianble. I know this result I pick is very correct, because you love she very high from me. So, I cut this connection to go far from here. I don’t want you to play-play with my liver. I have been crying until no more eye water thinking about you. I don’t want banana to fruit two times !

Safe walk,
- Tijah –

Tuesday, January 11, 2011

DIMANAKAH TAHAP RUANG FIKIRAN KITA ?



Assalamualaikum….. kisah ini adlh utk renungan bersama !

Ada seorang pemuda yg tlh lama belajar di luar negara kembali ke tanah air dgn agkuh dan sombong. Di dalam benaknya kepalanya tlh lama tersimpan 3 pertanyaan yg dianggap tiada siapa yg blh menjawab soalannya. Suatu hari, dia telah bertemu dgn seorang imam tua di tempat tinggalnya.

Pemuda : Pak imam, bolehkah pak imam menjawab soaaln2 saya?

Pak Imam : Saya hamba Allah, dgn izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu.

Pemuda : Pak imam yakin? Profesor dan banyak org bijak pandai yg saya tanya tidak mampu menjawabnya.

Pak Imam : Saya akan mencuba setakat yg saya mampu. Insya-Allah!

Pemuda : Begini soalannya,

1. Kalau benar Tuhan itu ada, tunjukkan kewujudannya?
2. Apakah itu ‘takdir’ ?
3. Kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa mereka dimasukkan ke dlm api neraka yg dibuat dari api? Tentu tidak menyakitkan bg syaitan kerana mereka memiliki unsur yg sama! Apakah Tuhan tidak terfikir sejauh itu?

Dengan spontan, Pak Imam tersebut telah menampar pipi si pemuda itu dgn tamparan yg amat kuat !!!

Pemuda : (sambil menahan sakit) Kenapa Pak Imam marah kpd saya?

Pak Imam : Saya tidak marah. Tamparan itu adlh jawapan saya utk 3 pertanyaan yg awak utarakan tadi !

Pemuda : Maksud Pak Imam ? saya langsung tidak faham !

Pak Imam : Bagaimana rasa tamparan saya ?

Pemuda : Tentu sahaja saya merasa sakit dan pedih…!

Pak Imam : Jadi,, awak percaya sakit itu ada ?

Pemuda : Tentulah….

Pak Imam : Tunjukkan pada saya sakit itu wujud ! atau bagaimanakah rupanya ?

Pemuda : Tak boleh Pak Imam…..

Pak Imam : Itulah jawapan saya bg pertanyaan pertama awak. Kita semua merasai
kewujudannya Tuhan namun, kita tidak mampu melihat kewujudannya.

Pemuda : (diam tanpa kata)

Pak Imam : Adakah malam tadi awak telah bermimpi atau telah mengetahui bahawa saya akan menampar awak… ??

Pemuda : Tidak.

Pak Imam : Adakah awak pernah terfikir akan menerima tamparan dari saya hari ini ?

Pemuda : Tidak pernah !

Pak Imam : Itulah yg dinamakan ‘takdir’ !!! Daripada apakah tangan yg saya gunakan untuk menampar awak dibuat?

Pemuda : Dari kulit dan daging ?

Pak Imam : Bagaimanakah rasanya tamparan saya ?

Pemuda : Sakit dan pedih !!

Pak Imam : Itulah jawapan saya bagi soalan ke-3 ! Walaupun syaitan dibuat drpd api, jika Tuhan berkehendakkan, maka neraka akan menjadi tempat yg menyakitkan buat syaitan ! Walaupun asal usulnya yg sama !!!

Pemuda : Allahuakbar ! Allah Maha Besar !!



P/s : “Alangkah terasa hidup ini sia-sia, ruang fikiran hanya dgn ilmu dunia,,, Alangkah ruginya yg pergi, jika amalan bukan utk negeri abadi!”
Renugkanlah wahai manusia….. Wassalam~~~

Monday, January 10, 2011

LALAT HIJAU NAIK ‘AIR ASIA’…. (biar betul ?)



Pertama kali mendapat berita saudaraku akan berkahwin dgn org Malaysia Timur bukan main seronok lagi. Bukannya apa, awal2 lagi sudah terbayang perjalanan yg menyeronokkan ke negeri jiran di seberang laut itu. Maklumlah, kita ni walaupun duduk 1 negara Malaysia, bukannya selalu berpeluang berjalan-jalan ke Sabah + Sarawak! Tp kalau di semenanjung, rasa2nya semua tempat dah pergi….

Kedatangan ke Bandar Miri, Sarawak memang sudah lama dirancang. Cuma masa sahaja yg tak sesuai. Masing2 sibuk dgn kerja. Jadi, inilah peluang nak membeli-belah sakan.

Agenda utama kedatangan ke Miri selain mengiringi pengantin adlh ‘shoping’. Awal2 lagi dah trbayang makanan laut yg hendak dijadikan ole-ole dari sana. Udang galah, ketam dan macam2 lagilah…. Maklumlah, khabarnya murah berbanding di semenanjung.

Selesai sahaja kenduri-kendara yg dijalankan, x sempat nak berehat lama di hotel penginapan di tengah2 Bandar Miri, aku dan beberapa keluarga lain sudah menjalar ke kedai2 etnik di pusat itu. Rambang mata tengok barangan etnik yg dijual. Dari meja corak puak kumbu sampailah ke gong! Kalau boleh dimuatkan ke dlm kargo, mahu sahaja rasanya diborong semuanya….

Aku dah x terkira berapa ribu habis dibelanjakan utk barang2 itu semua ! Itu belum termasuk cenderahati utk kawan2 lagi. 4 hari berada di sana memang xcukup lg utk ‘shoping sakan’. Hari terakhir, kami pun membeli lah makanan laut yg ada di sana. Berhabis la dlm anggaran rm1000 juga utk membeli udg galah. Besar2 pulak 2….! Tapi biasalah, kalau nak bawa udang (makanan basah) kenalah bungkus elok-elok. Dalam kepala ni dah berangan nak makan sakan bila dah sampai KL nanti ( bukan Kok Lanas taw).

Sampai di airport Miri, masalah telah timbul masa nak chek-in semua kotak berisi udang galah. Semua kotak tersebut ditahan dan dilarang utk dibawa masuk ke dlm kargo. Kami sempat bertegang lidah juga dengan pegawai di situ. Tetapi tetap hampa, semua kotak udang tersebut tetap tidak boleh dibawa masuk. Bila difikirkan balik, tak kanla nk buang, da hampir rm1000 berhabis semata-mata nak beli udang galah dari Miri ni.

Apalagi, kami pun nekad untuk mengangkut semua kotak itu ke dalam bilik air airport dan kemudian kali meminta tolong mak cik2 cleaner tolong carikan surat khabar lama utk membungkus udang2 tersebut dan kami masukkan bungkusan udang tersebut di dlm beg pakaian masing2. Bercampurlah bungkusan udang tersebut dgn semua pakaian dan barang2 kami yg lain.

Sewaktu melalui pemeriksaan imigresen di pintu masuk, pegawai di situ sempat menjeling tajam kepada kami. Agaknya mereka dapat tengok di skrin bahawa ada bungkusan udang di dlm beg pakaian yg bercampur dgn barang2 kami yg lain.

Nak dijadikan cerita, tak sampai ½ jam, masing2 sudah mula gelisah kerana beg pakaian kami masing2 sudah mula menimbulkan bau yg kurang menyenangkan ! Makin lama, makin kuat baunya dan bau udang drpd beg masing2 sudah tidak dpt disembunyikan lagi. semakit tinggi pesawat terbang, semakin kuat bau udang dalam beg kami yg diletakkan di tempat letak barang di atas kepala masing2. Tapi…. Yg paling membuatkan kami semua penumpang pesawat itu terkejut adlh bukan sahaja dgn bau yg tidak menyenangkan itu, bahkan juga ada seekor lalat hijau yg agak besar berada di dlm pesawat kami…. Ikut terbang dari Miri ke KL. Apalagi, apabila menyedari ad penumpang tambahan berada di dalam pesawat yg sama dgn kami, maka tak henti2 penumpang di dalam pesawat kami ketawa terbahak-bahak sehinggalah sampai mendarat di KLIA….

Itulah pengalaman yg tidak akn pernah dilupai di ingatan kami semua……….



P/s : cerita ini hanyalah rekaan + gurauan semata-mata. Tidak ada kaitan sedikit pun dengan yg masih hidup ataupun yg tlh meninggal dunia…. :)

Sunday, January 9, 2011

WHO ARE YOU ???

Siapakah org yg sombong?
- Org yg sombong adlh org yg diberi penghidupan tetapi x mahu sujud pada yg menjadikan kehidupan itu, iaitu Allah Rabbul Alaamin… Tuhan sekalian alam!

Siapakah org yg telah mati hatinya?
- Org yg telah mati hatinya adlh org yg diberi petunjuk melalui ayat2 al-Qur’an, hadis dan cerita2 kebaikan, namun merasa tidak ada apa2 kesan di dlm jiwa utk bertaubat.

Siapakah org yg kuat?
- Org yg kuat adlh org yg dpt menahan kemarahannya ketika di dalam kemarahan.

Siapakah org yg bakhil?
- Org yg bakhil lg kedekut adlh org yg berat lidahnya utk membaca selawat ke atas Rasulullah S.A.W.

Siapakah org yg tuli/ pekak?
- Org yg tuli adlh org yg diberi nasihat dab pengajaran yg banyak tetapi tidak diendahkannya.

Siapakah org yg buta?
- Org yg buta adlh org yg x mahu membaca dan meneliti akan kebesaran al-Qur’an + tidak mahu mengambil pengajaran daripadanya.

Siapakah org yg sibuk?
- Org yg sibuk adlh org yg x mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah dia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah org yg bodoh?
- Org yg bodoh adlh org yg beria-ia berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhirat diabaikan.

Siapakah org yg mundur hidupnya?
- Org yg mundur hidupnya adlh org yg x mempedulikan halal dan haramnya sesuatu perkara itu.

Siapakah org yg rugi?
- Org yg rugi adlh org yg sudah sampai usia petengahan namun masih berat utk melakukan ibadah dan amal kebajikan.

Siapakah org yg paling cantik?
- Org yg paling cantik adlh org yg mempunya akhlak yg baik.

Siapakah org yg mempunyai akal?
- Org yg mempunyai akal adlh org2 yg menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia utk menghindari seksa neraka.

Siapakah org yg paling bijak?
- Org yg paling bijak adlh org yg tidak membiarkan halaman ini begitu sahaja, malah dia akan membaca dan memahami lalu menyampaikan pula kepada org lain….

Friday, January 7, 2011

BERWUDUK ZAHIR + BATIN…



Seorang ahli sufi bernama Isam bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya…. Namun, dia selalu khuatir ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kpd orang yg dianggapnya lebih ibadatnya, demi utk memperbaiki dirinya yg selalu dirasai kurang khusyuk.

Pada suatu hari…. Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya; “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?”.
Hatim berkata; “Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin.” Isam bertanya lagi; “Bagaimana wuduk zahir dan batin itu?”.
Hatim berkata; “Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wuduk dgn air.. sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dgn 7 perkara:

1. Bertaubat
2. Menyesali dosa yg telah dilakukan
3. Tidak tergila-gilakan dunia
4. Tidak mencari + mengharapkan pujian orang hingga timbul rasa riak
5. Tinggalkan sifat berbangga
6. Tinggalkan sifat khianat + menipu
7. Meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata; “Kemudian aku kemaskan diri dan menghadap kiblat. Aku berdiri dgn penuh kewaspadaan dan aku rasakan aku sedang berhadapan dgn Allah, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, Malaikat Maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula seolah-olah berdiri di atas ‘Sirataul Mustaqim’ dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.”

“Setiap bacaan dan doa dala solatku faham maknanya, kemudian ak rukuk dan sujud dengan tawaduk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.”

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yg kurang baik apabila dibandingkan dgn Hatim…..

Thursday, January 6, 2011

ISTIGHFAR SEBAGAI AMALAN…



Suatu hari, Hassan al-Basri dikunjungi seorang lelaki yg mengadu mengenai keadaan daerahnya yg kering kontang kerana dilanda kemarau..
Hassan menjawab; “Mohonlah ampun kepada Allah.”

Selepas itu, datang lagi seorang rakan yg mengadu bahawa dirinya ditimpa kemiskinan.
Sekali lagi Hassan menjawab; “Mohonlah ampun kepada Allah.”
Tidak lama kemudian, datang pula seseorang meminta didoakan agar dikurniakan anak dan reaksi Hassan ialah….

“Beristighfarlah kepada Allah.”
Kemudian datang lagi orang yg lain mengadu tentang kebunnya yg tandus, Hassan juga memintanya supaya beristighfar….

Jawapan Hassan itu menimbulkan rasa tidak puas hati para sahabatnya, lalu mereka bertanya; “Mengapa semua masalah itu hanya dapat diselesaikan melalui istighfar?”

Hassan berkata; “Saya tidak mengatakan semua itu secara suka-suka. Tetapi berdasarkan firman Allah dalam Surah Nuh; 10-12 yg bermaksud :

Maka aku katakan kepada mereka; "Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun; nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan membanyakkan harta dan anak-anakmu; mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai."

Wednesday, January 5, 2011

SECUBIT MANISAN….




*Kalau kita ingin jadi pokok yg tinggi, jangan takut angin yg kencang….

Semakin tinggi pokoknya, semakin kuat anginnya….

Kalau takut angin yg kencang,,,, jadilah rumput di bawah pokok….

Tak dihambat angin kencang…. Tapi dipijak orang ~~~



*Orang yg bersifat ikhlas itu tahu bahawa;

Membalas kebaikan dgn kebaikan adlh biasa….


Membalas kejahatan dgn kejahatan adlh rendah budi….

Membalas kebaikan dgn kejahatan adlh orang tidak berbudi….

Dan…….

Membalas kejahatan dgn kebaikan adlh orang yg berbudi tinggi!

Tuesday, January 4, 2011

MUDAHNYA BAHASA INGGERIS!

Seorang anak baru sahaja tamat pengajiannya di luar negara. Setelah pulang ke Malaysia, ayahnya cuba menguji kemampuan anaknya berbahasa Inggeris. Si ayah mula bertanya kpd si anak :

Ayah : “Buku dlm BI apa?”

Anak : “De buk” (the book)

Ayah : “Pen dlm BI?”

Anak : “De pen” (the pen)

Lantas, ayahnya berfikir bahawa BI adlh senang kerana setiap benda dlm BM bila diterjemahkan ke dlm BI mesti ada “De” dan setiap perkataan berikutnya dipendekkan. Keesokan harinya, si ayah bertemu dgn seorang rakan sembangnya di kedai kopi.

Ayah : “Aku dah boleh cakap orang putih.”

Rakan : “Iye ke? Cuba engkau cakap “ kambing makan rumput” dlm bahasa orang putih.”

Ayah : “De kam de mak de rum.”

Rakan : ??xxx@#$

Monday, January 3, 2011

Saya + Awak….



Bila kau senyum, ku gembira
Bila kau sedih, ku menangis
Bagai taman rindukan kembang…
Ku rindukan wajahmu oh..sayang :)

Dimana sahaja kau berada, ku kan tetap bersamamu
Walaupun jasadku jauh,, hatiku tetap… padamu!
Bila sahaja halangan menimpa..
Kerna cinta ada,, ku kan tetap setia….
Hanya dikau dan asmara,,, membuat hidupku bagai dalam.. syurga ~~~

Biar masa berganti masa..
Biarpun musim pun berubah..
Telah ku katakan padamu oh..sayang,,,
Hanya kuasa Tuhan dapat memisahkan kita…. :)

Jika kau tanya pada rembulan..
Mengapa cahaya berseri-seri ?
Nanti jawabnya padamu…kerna dikau mencintaiku ~~~

Dua insan sedang bercinta…
Dua insan berjanji mesra…
Telah ku katakan padamu..oh,,, sayang ~~~
Hanya kuasa Tuhan… dapat memisahkan kita… :)

INDAHNYA MALAM PERTAMA!



Salam….. :) hehehehe…. Walaupun diri sendiri blm mendirikn rumah tangga.. tp x salahkan utk berbicara tentang perkara ini??? … sbnrye entry ni ditulis adlh utk perkongsian drpd hasil pembacaanku semata-mata… bkn drpd pengalamanku sendiri taw! … hihihi

Dalam Islam, pernikahan adlh perkara yg agung + suci… Al-Qur’an menyebutnya sbg mitsaqah ghalizan yg membawa mksd ikatan yg kuat. Malah Islam tlh mengatur persoalan hbgn suami isteri secara umum. Semuanya adlh bertujuan mewujudkn kebahagiaan suami + isteri dlm kehidupan berumah tangga.. :)

Apabila sebut saja soal pernikahan,,, salah 1 topik yg akan sering menjadi topik perbualan mahupun perbincangan adlh bab adab malam pengatin ataupun malam pertama..

Hakikatnya,, pengetahuan berkenaan cara melalui ataupun melayari malam pertama yg indah + penuh keberkatan adlh amat penting bg pasangan suami isteri… ini kerana,,, hbgn intim yg dilakukn pd malam tersebut iaitu “malam pertama” menentukn kemesraan hbgn intim pd hari2 akn datang.. seterusnya membina keharmonian ssebuah rumah tangga!

Selain itu… hbgn intim yg dilalui pd malam pertama itu jg diharap akn dapat melahirkn ank2 soleh + solehah,, yg mampu menegakkan Islam di muka bumi ini… Justeru, setiap umat Islam trutamanya yg bakal bernikah (trmasuk diri yg sdg menaip ni.. hihihi)… perlulah memahami adab2 malam pertama dari perspektif Islam dgn baik….
Semoga dgn kita memahaminya,,, malam pertama dpt dilalui dgn indah + penuh berkat… serta meningglkn kesan yg mendalam pd hati kedua-dua pasangan mempelai… Amin…..:)

Sebetulnya juga, setiap org yg mahu + bakal bernikah serta melalui malam pertama perlu mmpunyai ilmu yg cukup agar malam pertama dilayari BUKAN semata-mata sbg aktivit fizikal TETAPI juga sbg aktiviti mental…



Apabila persetubuhan hanya berfungsi sbg aktiviti fizikal sahaja, apa yg diperoleh oleh pasangan itu hanyalah kenikmatan semasa orgasma semata-mata. Ini akan menyebabkn ketiadaan ketenangan hati + ketenteraman jiwa semasa menjalani kehidupan bersama di alam rumah tangga! Oleh itu, suami + isteri perlu menyedari bahawa ada keindahan lain di luar drpd persetubuhan yg dpt menyempurnakan kebahagiaan bersama rumah tangga…

P/s : Semoga kehadiran suami mempunyai makna yg berharga buat seorang insan yg bergelar isteri…. Marilah kita sama-sama mencontohi rumah tangga Ali Bin Abu Talib + Fatimah az-Zahra….
*Rumah tangga mereka mempunyai gambaran yg mempesonakan!
(Ali berkata : “Apabila aku memandang isteriku, Fatimah az-Zahra.. hilang kesusahan dan kesedihanku.”)
Related Posts with Thumbnails