Thursday, July 21, 2011
'cik nd 1st giveaway'
ha.... nmpk x banner kt atas 2? hehehe... jOm kte ramai2 jOin cik nd penye giveaway... mne taw... kOt2 jd pemenang bertuah n berjaya mendapatkan adiah yg agk lumayan.... iaitu 3x reload RM10... ha.... jgn lepaskan peluang anda taw.... huhuhu!
p/s : kalau u all nk taw ngn lebih lanjut ag... jgn lupe utk mengunjungi tuan empunya giveaway ni... hehe.. silalah ke blog cik nd =))
Wednesday, July 20, 2011
Jgn Lupe "due" lesen memandu ~~~
KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang menimbang cadangan menggunakan tarikh lahir dalam penetapan tempoh akhir bagi memperbaharui lesen memandu.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, cadangan itu sedang diperhalusi memandangkan ia dapat membantu pemandu mengingati tarikh luput lesen mereka.
"Kita dapati banyak kes pesalah trafik memberi alasan mereka lupa tarikh untuk memperbaharui lesen ketika ditahan dalam sekatan jalan raya,'' katanya pada pemberita di Wisma MCA di sini semalam.
Menurut beliau, asas kepada pelaksanaan skim itu ialah dengan membuat pelarasan tarikh tamat lesen memandu dengan tarikh lahir seseorang.
"Jika tarikh lahir individu tersebut yang akan datang tidak sampai enam bulan selepas tempoh akhir lesen memandunya, tiada bayaran akan dikenakan untuk pembaharuan,'' katanya.
Bagaimanapun jika tempoh antara kedua-dua tarikh itu melebihi enam bulan, bayaran pembaharuan yang akan dikenakan ialah separuh atau sebanyak 50 peratus.
p/s : sy skong.... t xde la alasan xingt nk barukn lesen sbb xingt due die... xknla xingt tarikh kelahiran sendiri kowtttt..... =))
Saturday, July 16, 2011
Salam Nisfu Syaaban =)
Pejam celik pejam celik tak sampai 2o hari lagi kita akan menyabut bulan yg penuh mulia iaitu ramadhan..namun sebelum kita sampai ke ramadhan bulan yg mulia kita akan menempuh bulan yg penuh dgn pengampunan iaitu bulan syaaban…dalam bulan syaaban terdapat nisfu syaaban…
Jadi, marilah kita sama-sama mencari pengampunan di bulan Rasulullah s.a.w ini…
Dalam sebuah hadith Rasulullah SAW bersabda :
”Keutamaan bulan Syaaban di atas semua bulan itu, seperti keutamaan aku di atas semua Nabi dan keutamaan bulan Ramadhan itu di atas semua bulan ibarat keutamaan Allah SWT di atas semua hamba-Nya.”
Bulan Syaaban adalah bulan Rasulullah dan bagi kita umatnya berbagai ganjaran yang disediakan untuk setiap amalan bagi persediaan menghadap bulan Ramadhan.
Salah satu amalan yang paling mudah yang perlu kita amalkan sepanjang bulan Syaaban adalah berdasarkan Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik :
“Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan laut dari sinar di bawah Arasy, lalu menciptakan satu Malaikat yang mempunyai dua sayap, satu sayapnya di timur dan sayapnya yang lain di barat, sedang kepalanya di bawah Arasy dan kedua kakinya di bawah lapis bumi ke tujuh. Apabila seseorang hambanya membaca selawat untukku di bulan Syaaban maka Allah SWT menyuruh Malaikat itu, supaya menyelam di air “Hidup”.
Malaikat itupun menyelam, kemudian keluar dari dalam air serta mengibas-ngibaskan kedua sayapnya, sehingga bertitisanlah air dari bulu-bulu yang sangat banyak sekali. Maka Allah SWT menciptakan dari tiap-tiap titis air itu, satu Malaikat yang memohonkan ampunan bagi orang yang membaca selawat, sampai hari Kiamat.”
~Nisfu Syaaban Malam Pengampunan~
Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah:
“Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).” [Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain].
Adapun amalan membaca Yasin sebanyak 3x pada malam tersebut sebenarnya adalah TIDAK WARID ( tiada sandaran ) dari Al Quran dan Hadis Rasulullah SAW. Namun…tidak salah kita nak membaca Yasin pada malam tersebut.Yang salahnya ialah kefahaman sebahagian orang melayu yang meletakkan kepercayaan bahawa MESTI BACA YASIN 3x. Itulah yang salah.
Dari Abu Hurairah r.a :
Nabi saw bersabda :
“Telah datang kepadaku Jibrail pada malam nisfu Syaaban dan dia berkata :
“Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintulah rahmat dibuka. Maka berdirilah dan kerjakan solat lalu angkatlah kedua tanganmu ke langit”.
Kata saya :
Hai Jibrail, apakah erti malam ini?”
Dia menjawab :
“Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah swt mengampuni orang-orang yang tidak mensyerikatkan Allah dengan sesuatupun, kecuali para ahli sihir, dukun, orang yang suka bermusuhan, peminum khamar, orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni sehingga mereka bertaubat dan tidak mengulangi.” (Zubdathul Wa’izhin)
Diriwayatkan, bahawa Nabi saw bersabda :
“Barangsiapa berpuasa tiga dari permulaan Syaaban dan tiga hari di pertengahan Syaaban dan tiga hari di akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya, pahala seperti pahala 70 Nabi, dan seperti orang-orang yang beribadah kepada Allah swt selama 70 tahun dan apabila dia mati di tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.”
Nabi saw bersabda :
“Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah dan berbuat ketaatan kepada-Nya serta menahan diri dari segala perbuatan maksiat, maka Allah swt mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam satu tahun itu dari segala macam bencana dan dari macam-macam penyakit.”
Kisah Buang Bayi...
Di pagi hari yang nyaman,dua orang sudah lanjut usianya duduk berehat-rehat. Pak Abu dan Pak Majid namanya. Yang Pak Abu membaca surat khabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun.
Pak Abu: Majid, engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya.
Pak Majid: Hmmmmm. Jawab Pak Majib macam acuh tak acuh je.
Pak Abu: Kot pun terdesak nak duit janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja kat pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. Betul tak Majid...?
Pak Majid:Hmmmmmmm... Sambil mengembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya...
Pak Abu: Kau ni kenapa Majid? Takkan berita ini kau tak ambil peduli ke? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pun tahu nak jaga anaknya.
Pak Majid: Hmmmm....Nilah aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku masa muda-muda dulu..Aku jual je anak-anakku tu..
Pak Abu: Hah??? Engkau biar betul Majid!
Pak Majid: Hoii.. Engkau sedar tak sekarang ni berada di mana? Sedarlah Abu....Kita sekarang di RUMAH ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam nilah, dah lama dah aku jual budak-budak tu!
Pak Abu: HEHEHEHEHE....
Pak Abu: Majid, engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya.
Pak Majid: Hmmmmm. Jawab Pak Majib macam acuh tak acuh je.
Pak Abu: Kot pun terdesak nak duit janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja kat pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. Betul tak Majid...?
Pak Majid:Hmmmmmmm... Sambil mengembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya...
Pak Abu: Kau ni kenapa Majid? Takkan berita ini kau tak ambil peduli ke? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pun tahu nak jaga anaknya.
Pak Majid: Hmmmm....Nilah aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku masa muda-muda dulu..Aku jual je anak-anakku tu..
Pak Abu: Hah??? Engkau biar betul Majid!
Pak Majid: Hoii.. Engkau sedar tak sekarang ni berada di mana? Sedarlah Abu....Kita sekarang di RUMAH ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam nilah, dah lama dah aku jual budak-budak tu!
Pak Abu: HEHEHEHEHE....
Thursday, July 14, 2011
tie untuk tidO =)
TOKYO: ‘Tali leher Nemuri’ yang bermakna ‘Tali Leher Tidur’ dalam bahasa Jepun adalah peralatan unik yang membolehkan pekerja yang keletihan tidur dalam keadaan selesa dan bergaya di meja mereka.
Ia kelihatan seperti tali leher biasa tetapi mempunyai lubang udara kecil yang tersembunyi di belakangnya. Ia akan menggelembung seperti bantal apabila ditiup.
Tali leher itu diperbuat daripada sutera dan mempunyai fiber mikro khas yang akan membantu menyejukkan kulit ketika cuaca panas, menurut akhbar Asahi.
Tali Leher Tidur itu, yang dicipta oleh KTM Co, mensasarkan pekerja pejabat yang suka tidur sekejap di meja mereka dan buat masa ini ia dijual dengan harga 2,500 yen (RM100).
Jepun terkenal dengan budaya korporat yang menyaksikan rakyatnya bekerja untuk tempoh masa yang panjang dan satu daripada segelintir tempat di dunia di mana perkataan ‘mati akibat terlalu kuat bekerja’ dicipta....
p/s : Erm.. lau ad d psrn Malaysia... blhla beli tie ni 1... t lau ngntuk lm kels leh gune.... hehehe =P
Ia kelihatan seperti tali leher biasa tetapi mempunyai lubang udara kecil yang tersembunyi di belakangnya. Ia akan menggelembung seperti bantal apabila ditiup.
Tali leher itu diperbuat daripada sutera dan mempunyai fiber mikro khas yang akan membantu menyejukkan kulit ketika cuaca panas, menurut akhbar Asahi.
Tali Leher Tidur itu, yang dicipta oleh KTM Co, mensasarkan pekerja pejabat yang suka tidur sekejap di meja mereka dan buat masa ini ia dijual dengan harga 2,500 yen (RM100).
Jepun terkenal dengan budaya korporat yang menyaksikan rakyatnya bekerja untuk tempoh masa yang panjang dan satu daripada segelintir tempat di dunia di mana perkataan ‘mati akibat terlalu kuat bekerja’ dicipta....
p/s : Erm.. lau ad d psrn Malaysia... blhla beli tie ni 1... t lau ngntuk lm kels leh gune.... hehehe =P
Monday, July 11, 2011
Prof. Serba Tahu =)
1)Soalan : Mengapa ayam berkokok waktu pagi?
Jawapan : Nak senaman suara
2)Soalan : Mengapa pisang tidak berbuah 2 kali?
Jawapan : Saja nak jaga harga pasaran
3)Soalan : Macam mana cara hendak membaca cepat?
Jawapan : Terus baca halaman terakhir
4)Soalan : Mengapa nenek moyang kita melarang panjat pokok betik?
Jawapan : Zaman sekarang sudah boleh, sebab nenek moyang kita sudah mati.Pergilah
panjat!
5)Soalan : Mengapa durian berduri?
Jawapan : seronok nak timpa kepala orang
Sunday, July 10, 2011
tIbI...
BATUK kering atau tibi ialah jangkitan bakterium, mycobacterium tuberculosis yang biasanya menyerang paru-paru (tibi pulmonari) juga mampu menyerang otak (meningitis), sistem saluran kencing dan sendi.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati imunisasi BCG akan melindungi kanak-kanak daripada mendapat tibi teruk.
Apabila kanak-kanak meningkat dewasa, risiko jangkitan sama dengan orang dewasa lain yang tidak mendapat imunisasi BCG.
Sukar menentukan bila penyakit tibi dapat dihapuskan di Malaysia memandangkan banyak faktor menyumbang kepada kemunculan semula penyakit itu termasuk:
* pendatang asing secara haram tidak disaring daripada penyakit ini
* pesakit lambat atau tidak mendapatkan rawatan kerana jahil mengenai penyakit itu
* penyakit HIV/AIDS
Tibi mempunyai pelbagai jenis misalnya paling lazim, tibi paru-paru yang boleh berjangkit ke bahagian lain seperti otak (tibi meningitis) atau tibi kulit yang menyebabkan kudis sukar sembuh berbanding kudis biasa yang mudah sembuh jika disapu ubat.
1) Tibi kelenjar atau lymphadenitis dikesan menerusi kehadiran bengkak kelenjar dan demam biasa yang berlarutan hingga dua atau tiga bulan manakala tibi tulang mungkin disedari selepas pemeriksaan X-ray terhadap tulang belakang yang sakit menunjukkan tulang itu patah walaupun pesakit tidak pernah jatuh atau kemalangan.
2) Tibi tekak atau larynx menyebabkan pesakit bersuara serak, susah hendak bernafas dan sukar menelan makanan, manakala tibi telinga menyebabkan telinga bernanah.
3) Tibi saluran kencing menyebabkan pesakit berasa sakit ketika membuang air kencing, kencing berdarah, sering kencing dan sakit pinggang, manakala tibi perut atau tibi usus akibat kuman yang masuk ke sistem pencernaan menyebabkan cirit-birit dan muntah.
~bakteria tIbI~
Tanda menghidap tibi:
* Batuk berdarah dan berkahak
* Batuk berterusan lebih dua minggu
* Lemah dan keletihan
* Susut berat badan
* Hilang selera makan
* Demam berpanjangan
* Berpeluh waktu petang malam
* Sakit dada apabila menarik nafas atau batuk
* Mudah letih
Bagaimana mengesan penyakit tibi?
* Jika mengalami tanda di atas, anda perlu melakukan pemeriksaan berikut:
* Pemeriksaan doktor
* Pemeriksaan kahak untuk pastikan kuman tibi
* Pemeriksaan x-ray dada
Fakta penting
* Penyakit tibi tidak boleh berjangkit melalui makanan dan minuman
* Tibi bukan penyakit keturunan
* Pesakit tibi yang menerima rawatan lebih dua minggu, tidak lagi menjangkiti orang lain
* Pesakit berpeluang sembuh jika mematuhi rawatan disediakan
Sunday, July 3, 2011
Kanser KOLON....
KANSER kolon berlaku di usus besar (kolon) atau bahagian akhir usus besar (rektum) yang berfungsi menghadamkan makanan serta pembuangan sisa. Ia penyakit pembunuh nombor satu lelaki di Malaysia serta kanser ketiga paling kerap menyerang penduduk negara ini yang menjadi penyebab kematian.Kanser ketiga tertinggi dihidapi penduduk dunia juga menyebabkan lebih setengah juta orang meninggal dunia.
Etnik Cina mencatat kadar kes kanser kolon paling tinggi mendahului kaum India dan Melayu. Punca sebenar kanser ini tidak diketahui, tetapi pelbagai faktor memainkan peranan. Ia berkait rapat dengan faktor keturunan, gaya hidup tidak sihat seperti merokok dan pengambilan alkohol dan amalan diet seperti kurangnya pengambilan makanan berserat serta obesiti.
Kanser kolon terbahagi kepada empat tahap. Tahap pertama, ketumbuhan yang bermula di bahagian dalam kolon atau rektum, tahap kedua, ia merebak menembusi dinding usus dan rektum, tahap ketiga, merebak menghampiri nodus limfa dan tahap keempat, kanser terus merebak ke bahagian lain tubuh seperti hati dan paru-paru.
Peringkat perkembangan kanser kolon dan peratusan peluang bertahan hidup lima tahun :-
A) ketumbuhan cuma di dinding usus — 95 hingga 100 peratus
B) ketumbuhan menembusi dinding usus — 65 hingga 75 peratus
C) merebak menyebabkan bengkak limfa — 30 hingga 40 peratus
D) merebak ke bahagian lain — kurang lima peratus
Golongan berisiko tinggi:
1) Anda atau ahli keluarga mempunyai polip kolorektal atau kanser kolorektal
2) Rasa sakit ketika membuang air besar seperti inflamasi kolon (yang menyebabkan cirit-birit, kadangkala dengan mukus berdarah dan kesakitan abdomen di bahagian bawah) atau penyakit crohn’s (menyebabkan penyekatan separa usus dan kesakitan dan cirit-birit) dalam beberapa tahun
3) Mempunyai sindrom genetik seperti familial adenomatous polyposis (FAP) atau hereditary nonpolyposis colorektal cancer (HNCC)
Simptom
1) Pendarahan rektal
2) Cirit-birit atau sembelit atau berselang-seli
3) Najis berwarna hitam atau najis berdarah
4) Sakit pada abdomen
5) Turun berat badan
6) Anemia (kurang darah)
Penyebab
1) Pengambilan makanan tinggi kandungan lemak dan rendah serat
- Banyak berlaku di negara Barat; kurang berlaku di Timur Jauh amalan ini meningkat di negara membangun.
2) Merokok dan mengambil alkohol
3) Obesiti
- Risiko untuk wanita obes mendapat kanser kolon lebih tinggi 50 peratus berbanding wanita dengan berat badan normal
- Risiko untuk lelaki obes pula ialah 80 peratus
4) Kurang melakukan aktiviti fizikal
- Tiga daripada setiap 100 orang mendapat penyakit ini disebabkan faktor keturunan.
p/s : Kira-kira 50 peratus boleh bertahan hidup lima tahun selepas mengalami kanser kolon. Pesakit yang ada simptom penyakit ini perlu melakukan pemeriksaan seperti kolonoscopi atau barium enema.
Subscribe to:
Posts (Atom)