Salam....Sekadar pesanan..ingatan..+ perkongsian bersama :)
Sekadar ingat mengingati.. ...
SEBELUM Tidur
Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah janganlah engkau tidur
sebelum melakukan empat perkara, iaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....
"Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara
Secara serentak?"
Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah :
•Al Ikhlas 3 kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
•Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua
akan memberi syafaat di hari kiamat.
•Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
•Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"
Sekian untuk ingatan kita bersama…:)
Tuesday, November 2, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment