Wednesday, February 9, 2011
SANTAU !!!
Salam sume kengkawan blogger.... hehehehe :) lme tul xupdate blog ni... erm,, nsb bek xbersawang ag.. :) ttbe mlm ni rse nk update lak... firstnye,, xtrpkir pm nk msukkn entry sal santau ni... tp,,, mse ngah cr bahan tuk assmnt td... search nye "kanak-kanak panas baran" tp..... ttbe lak ad kuar sal santau ni... pe lg,,, bce la.. memg trniat nk tau gk bnd2 sal ni... at least ad la pgtahuan sal ni sedikit sebanyak an?? hehe... sO,,, share kt cni.... thanks 2 (www.penawar.com).... kt cnila dop menyuluh ilmu sal santau td.... :)) k... selamat membaca sume!! hehehe ^_^
Santau dan racun menurut para perawat tradisional tidak pasti perbezaannya. Ramai di kalangan mereka berpendapat bahawa kedua-duanya adalah sama. Hal ini berlaku adalah kerana bahan-bahan yang digunakan untuk membuat santau dan racun adalah sama. Rawatannya juga adalah sama.
Terdapat beberapa ciri sahaja yang boleh dijadikan panduan bagi mengenal pasti samada seseorang itu terkena racun atau santau. Pada kebiasaannya, mangsa racun akan menderita serta-merta seperti berlakunya muntah darah. Mangsa santau mengambil masa lama menyebabkan mangsa tidak menyedari sehinggalah mangsa tersalah makan seperti limau nipis dan nenas. Ini adalah kerana mangsa santau amat sensitif kepada limau nipis dan nenas.
Jenis-jenis Santau:
Santau boleh dibahagikan kepada dua jenis:
• Jenis pertama: Santau yang diperbuat daripada adunan tertentu secara hakiki iaitu tidak melibatkan peranan jin dan syaitan. Jenis ini agak mudah dirawat.
• Jenis kedua: Santau yang disertai dengan pemujaan terhadapsyaitan dan syaitan. Ianya dikenali sebagai santau angin dan ianya agak sukar dirawat kerana melibatkan peranan jin.
Tanda-tanda Terkena Santau:
Jika seseorang mengalami gejala-gejala berikut maka beliau disyaki telah terkena santau:
•Batuk berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca.
•Istihadhah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih.
•Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Maghrib dan malam Jumaat. Kadang-kadang sakit menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu solat Jumaat.
•Sakit dan sesak nafas terutama waktu Maghrib.
*Lenguh seluruh anggota badan.
•Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.
•Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
•Mimpi bahan-bahan miang seperti miang buluh dan ulat bulu.
•Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.
•Mimpi kanak-kanak kecil seperti mimpi menyusukan kanak-kanak tersebut.
•Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular.
•Mimpi makan makanan yang kotor seperti bangkai dan babi.
•Mimpi paderi Kristian, sami Budha atau bermimpi pergi ke tempat-tempat ibadat bukan Islam.
Kesan-kesan Santau:
Antara kesan-kesan santau terhadap mangsa adalah seperti berikut:
• Boleh membawa maut dengan izin Allah s.w.t.
• Hilang daya ingatan.
• Kulit akan merekah serta keluar air dan nanah.
• Tabiat akan berubah seperti seorang yang dikenali dengan penyabar bertukar
menjadi panas baran.
• Badan menjadi bongkok akibat batuk berpanjangan.
• Badan menjadi licin disebabkan seluruh buluh di badan telah gugur.
• Kelopak mata menjadi kehitaman akibat daripada tidur yang sering terganggu.
• Terjadinya kanser dan ketumbuhan.
• Jika pesakit hamil akan mengalami keguguran.
Berubatlah jika terdapat tanda-tanda di atas!
Rawatan:
• Berjumpa pengamal rawatan Islam
• Amalkan ayat-ayat pelindung
• Terapi Ruqyah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
ishhh...takutnyerr..sebab tu lah kiter kena baca ayat kursi pagi dan petag....agar diri sentiasa dilindungi
yup dear..... mntk dijauhkn~~~~ Amin :)
Post a Comment