CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

we + us... :)

Daisypath Friendship tickers

Followers

Tuesday, February 22, 2011

SHOPPING ONLINE ?



Peredaran masa membawa kita kepada pelbagai pendedahan dunia digital. Begitu juga dengan fesyan membeli-belah. Kini, membeli bukan suatu yang sukar dan membebankan, malah lebih mudah dengan hanya di hujung jari sahaja.

Membeli secara online, ataupun shopping online sememangnya telah menjadi “trend” pada masa kini. Lambakan peniaga yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan menjadikan alternatif dunia digital sebagai sumber pendapatan yang sememangnya lebih lumayan dengan modal yang kecil. Pelbagai cara boleh dilakukan, antaranya dengan mencipta blog, facebook, dan pelbagai lagi sebagai sumber perantaraan antara peniaga dengan pembeli.

Tetapi A.W.A.S !! sebagai pembeli, kita semua termasuk saya sendiri (walaupun xpernah mencuba “b’shopping” secara online…. hehehe), kita perlulah bijak dalam mengenal pasti sama ada peniagaan yang berurusan benar-benar wujud atau hanya penipuan. So, kat bawah ni sy share panduan-panduan asas utk renungan kita bersama bg sesape yang suka shopping online…. :

1) Bandingkan harga
- Mestilah jd kepastian kpd kita semua utk membandingkan harga bila kita membeli sesuatu kan? Jika beli dlm jumlah yg banyak, pastikan kita ditawarkan potongan harga kerana shopping online ni memerlukan kos enghantaran kan? Jadilah pengguna yang bijak….. 

2) Reputasi peniaga
- Pilihan mestilah relevan! Pilihlah peniaga yg mendapat komen mahupun reputasi yg baik drpd pembeli lain.

3) Testimoni pembeli
- Jangan mudah terpedaya dgn testimoni selidik yg diberikan oleh pembeli2 yg berurusan dgn peniaga. Coz…. Ditakuti terdapat penipuan pd pihak peniaga yg menggunakan rakan2 sebagai testimonial. So, pastikan testimony 2 benar2 drpd pembeli perniagaan tersebut.

4) Berhubung dari semasa ke semasa
- Slps membeli, berhubung dgn penjual dr semasa ke semasa sehingga kita memperoleh produk yg dibeli. Coz…. Supaya kita xtertipu kerana membeli secara online memerlukan pembeli membayar terlebih dahulu sblm produk dihantar.

5) Duit bank yang cukup
- Jika memang da confm nk beli produk yg diminati scr online, pastikan wang di dalam bank mencukupi mengikut kadar harga yg ditawarkan. Elakkan drpd menggunakan kad kredit coz ia akan mengundang 1 mslh lain yg kamu sendiri xdijangkakan.

2 comments:

Mr iz

wahhh tips berguna ni...he he...tp saya tak penah shopping on line..kelau ada pun bayar bill je...he he... takut feel shopping tak da kalu on line ni....he he he

Syuki Mohd Sidi

erm,,, sme ar kte.... sy memg takut nk try on9.... hehehe :)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails