CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

we + us... :)

Daisypath Friendship tickers

Followers

Sunday, September 25, 2011

Peringatan buat WANITA :)



RAMAI wanita sering menganggap kitaran haid tidak teratur sebagai perkara biasa dan tidak diberi perhatian serius. Malangnya, masalah berkenaan mungkin menjadi punca kesukaran untuk menimang cahaya mata kelak.

Menurut Perunding Obstetrik dan Sakit Puan Pusat Perubatan Pantai Cheras, Dr Suriati Akmal Mahari, kitaran haid yang tidak menentu antara gejala menunjukkan seseorang wanita itu mungkin mengalami sindrom ovari polisistik (PCOS), punca lazim menyebabkan seseorang itu kurang subur.


“PCOS adalah satu keadaan penyakit sistem reproduksi yang berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi. Kajian menunjukkan 90 peratus wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30 peratus yang tidak mengalami haid langsung didapati mengidap PCOS.

“Ia adalah masalah paling lazim yang menyebabkan seseorang wanita itu gagal hamil, tetapi malangnya sehingga kini tidak ramai yang menyedarinya.


“Bahkan ramai antara wanita di Malaysia mempunyai gejala ini tanpa disedari kerana ia tidak menunjukkan simptom awal misalnya sakit atau deman yang biasa berlaku seperti penyakit lain.


“Bahkan gadis seusia awal 17 tahun juga boleh dijangkiti PCOS. Selain kitaran haid tidak teratur gejala seperti jerawat, kenaikan berat badan serta pertumbuhan bulu roma yang luar biasa antara simptom awal gejala ini.

Menurutnya, PCOS boleh mengganggu proses ovulasi dan penghasilan telur yang berkualiti dari ovari, seterusnya menyebabkan wanita berkenaan mempunyai kitaran haid yang tidak menentu dan boleh mengganggu sistem badan yang lain seperti metabolisme dan sistem kardiovaskular.

“Punca PCOS masih belum diketahui sepenuhnya dan penyelidikan sedang dijalankan bagi mengetahui punca sebenar. Antara tanda utama PCOS termasuklah tiada ovulasi, ovari yang bengkak yang mengandungi sista kecil di dalamnya.

“Kebanyakan gejala ini berlaku pada wanita berusia 20 hingga 30 tahun tanpa mengira kaum dan budaya. Ia juga kerap terjadi di kalangan sanak saudara tetapi bukan penyakit keturunan.

Meskipun ovari mengandungi folikel dengan telur, folikel berkenaan tidak membesar dan matang sepenuhnya untuk menggalakkan ovulasi. Ovari yang tidak bermasalah biasanya menghasilkan satu folikel matang setiap bulan sebelum dikeluarkan bagi proses persenyawaan di saluran falopia.

Begitu pun, ada juga wanita yang mempunyai penampilan ovari normal, tetapi mempunyai gejala lain. Pada dasarnya ovari yang bermasalah ini juga hiperandrogenik, iaitu ovari menghasilkan jumlah hormon lelaki testosterone dan androstenedione berlebihan.

Ini menyebabkan hirsutism atau pertumbuhan bulu yang tidak sepatutnya seperti pada atas bibir dan dagu (misai dan janggut). Ada kalanya keadaan ini juga menyebabkan penambahan berat badan, diabetis dan penyakit kardiovaskular.

Kajian antarabangsa menunjukkan kira-kira 20 peratus daripada wanita yang berusia melebihi 20 tahun mengalami masalah ini, dan lebih daripada 40 peratus wanita yang mempunyai masalah kesuburan adalah disebabkan PCOS.

Ramai wanita mengalami gejala atau simptom yang berbeza antara satu sama lain menyebabkan diagnosa secara klinikal menjadi sukar dilakukan.

Ada juga yang mempunyai simptom ringan seperti jerawat kecil selain simptom lebih teruk seperti tumbuh bulu berlebihan pada muka serta keguguran rambut.

Wednesday, August 24, 2011

Sunday, August 21, 2011

Lailatul Qadar =)



HARI ini genap 21 hari umat Islam berpuasa dan sepantas masa berlalu, kita sebenarnya menempuh 10 malam terakhir Ramadan yang didalamnya wujud satu malam yang penuh keberkatan dan keistimewaan.

Malam itu dinamakan Lailatul Qadar yang juga dikenali oleh sebahagian ulama sebagai malam penentuan atau malam pembahagian.


Ini kerana jumhur ulama mengatakan, pada malam itu Allah SWT membuat ketetapan bagi setiap urusan, hukum rezeki dan ajal pada masa depan yang akan diserahkan kepada malaikat mengikut tugas ditetapkan.

Allah SWT dalam surah Al-Qadr, ayat 1-5 berfirman, bahawasanya:

“Sesungguhnya Kami turunkan al-Quran pada malam al-Qadr. Tahukah engkau apakah malam al-Qadr itu? Malam al-Qadr lebih baik daripada 1,000 bulan. Pada malam itu Jibril serta malaikat akan turun dengan perintah Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang diputus Allah). Sejahteralah malam itu hingga terbit fajar.”

Sesungguhnya manusia tidak dapat mengetahui bila berlakunya Lailatul Qadar. Oleh itu, bagi bertemu malam ini, seseorang itu perlu berusaha bersungguh-sungguh dengan melakukan pelbagai amalan dengan penuh keikhlasan dan tawaduk.


Sebahagian ulama berpendapat Lailatul Qadar berlaku pada 10 malam terakhir Ramadan, di mana besar kemungkinan ia berlaku pada malam berangka ganjil iaitu sama ada 21, 23, 25, 27 atau 29, berdasarkan hadis Rasulullah SAW, iaitu Aisyah RA mendengar baginda bersabda, bahawasanya:

“Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil pada 10 hari terakhir Ramadan.”

(Riwayat Al- Imam Al-Bukhari) Pada malam itu juga, Jibril AS bersama malaikat lain turun ke bumi untuk memberi salam kepada orang mukmin yang beribadat di mana mereka akan diampunkan segala dosa lalu.


Oleh itu, umat Islam digalak beribadat dengan penuh keikhlasan serta mengharap keredaan Allah sebagaimana hadis riwayat Imam Al-Bukhari menyatakan, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Barang siapa berdiri dengan solat dan ibadat pada malam Lailatul Qadar dengan iman dan ihtisab iaitu dengan keyakinan sempurna dan harapan ikhlas untuk memperoleh ganjaran-Nya, nescaya akan diampunkan dosanya yang lalu.”

Namun, lantaran sibuk untuk menyambut persiapan raya, ramai di kalangan kita terlupa hikmah yang ada pada 10 malam terakhir ini.

Ramai antara kita teruja menyambut Aidilfitri dengan pelbagai persiapan hingga terlupa Allah memberi nikmat lebih besar berbanding sambutan hari raya.


Sesungguhnya, walaupun amalan itu sunat, hakikatnya amal itu sebenarnya satu cara kita menampung kekurangan amalan, khususnya amal ibadat fardu yang antaranya diambil mudah atau diabaikan oleh kita.

Beruntunglah orang yang memenuhkan malam itu dengan amal ibadat, apatah lagi jika dipertemukan dengan malam Lailatul Qadar yang jauh lebih baik daripada 1,000 bulan.


Semoga kita dipertemukan dengan malam istimewa itu kerana kita tidak pasti akan bertemu lagi Ramadan pada tahun depan.



p/s : Sama-samalah kita berdoa segala amal ibadat yang dilakukan sepanjang Ramadan diterima Allah dan seterusnya mendapat keberkatan dan keredaan-Nya =) Amin....

Friday, August 5, 2011

Andropaus = Menopaus ?




Assalamualaikum sume.... erm.. entry x ni sal menopaus lelaki... aiii??? lelaki pun ad menopaus kew??? cam pelik jew.... xknla =).... ha... kenyataannya memg ya! Lelaki juga mengalami simptom menopaus tetapi ia dipanggil andropaus. Masalah tersebut dikatakan akan menyebabkan lelaki mengalami pengurangan libido atau keinginan seksual terhadap pasangan.

Andropaus merendahkan keupayaan fizikal, melemahkan kekuatan otot serta menyebabkan hipertrofi kelenjar prostat.

Antara tanda-tanda andropaus :-

* pembesaran payudara yang tidak normal menyerupai payudara wanita yang digelar ginekomastia...

Mereka yang tidak menyedari masalah ini akan turut menyebabkan penurunan serum dalam hormon testosteron yang akan mengganggu kecergasan tubuh badan.

Bukan itu sahaja, sindrom metabolisme juga mudah menyerang golongan lelaki yang membawa kepada penyakit kardiovaskular, diabetes melitus dan ED.

Golongan lelaki akan berdepan dengan masalah kepekaan hormon androgen yang dirembeskan kelenjar adrenal apabila usia semakin meningkat.

Tanda-tanda utama :-

1. kegagalan menghasilkan zuriat akibat bilangan sperma yang rendah
2. ketinggian tubuh badan menyusut
3. ketumpatan mineral dalam tulang menurun

Jangan sekali-kali mengabaikan simptom awal masalah androgen seperti anemia sederhana, peningkatan indeks jisim badan dan sukar untuk tidur, kerana ia boleh menyebabkan masalah tersebut menjadi lebih besar....

p/s : renung2kn n cepat bertindak... =)

Wednesday, August 3, 2011

Rahsia Rambut Lelaki Sikh

Assalamualaikum sume...

erm... selamat berbuka pose sume =)) mesti da kenyang an? hehehe... entry ni xde kaitan ngn makanan ke... kuih muih berbuka ke... sbb tjuk enty pm kite da taw an.. hehe.. actually,, sy tertarik tuk berkongsi entry sal rahsia rambut lelaki sikh ni.. sbb.... da lme saaaannnngaaaaattttttt da sy tertanya-tanya tentang ni... sememangnya ia menimbulkn persoalan dlm fikiran sy...

"erm..,, sbnarnye pe ea kt kepala org sikh ni?? " erm.... lbh kurg cm2 la persoalan yg timbul dlm benak fikiranku selama ni... nk tnye org pm... xde lak member sikh... heheh... anywy.. tQ KOSMO! sbb mendedahkan rahsia ini..... =))



ha... ni la jawapannya :

BAGI penganut agama Sikh, menyimpan rambut panjang sejak kecil adalah satu amalan yang dituntut. Tuntutan yang melambangkan kesyukuran kepada tuhan itu tidak mengecualikan jantina.

Bahkan setiap helaian bulu atau rambut yang tumbuh tidak boleh diganggu bentuk asalnya kerana ia adalah salah satu ciptaan tuhan.

“Ia perlu dibiarkan dalam keadaan semula jadi tanpa mengubah kejadiannya. Setiap penganut Sikh dituntut mengikuti falsafah ini, jika tidak mereka akan dianggap berdosa besar,” kata Presiden Institut Falsafah, Penyelidikan dan Pendidikan Sikh (InSPIRE), Prof. Madya Autar Singh.

Bagi masyarakat Sikh, mereka berpegang kepada 5K yang menjadi tuntutan agama iaitu :-

1. rambut (kesh)
2. sikat kayu (kangga)
3. gelang besi (khada)
4. senjata kerambit (kirpan)
5. seluar dalam khas (kelshaira).



DARI ATAS: Sikat kayu, gelang besi dan kerambit merupakan antara peralatan yang dimiliki oleh setiap penganut Sikh.


Tahap kesetiaan penganut Sikh dapat dilihat apabila mereka mempraktikkan 5K yang diwajibkan kepada mereka dan pada hari pembaptisan untuk menjadi seorang Sikh yang taat.

Bagaimanakah penganut Sikh menjaga rambut dan bulu di badan mereka? Autar Singh menjelaskan, setiap penganut Sikh dituntut menjaga kebersihan rambut dan bulu yang tumbuh di badan mereka.

“Kami perlu mencuci rambut dengan kerap dan sapu minyak kelapa pada rambut sebelum disikat dengan sikat khas (kangga) dua kali sehari atau lebih bagi menjaga kesuciannya.

“Sehubungan itu, setiap kaum lelaki dituntut memakai serban dan wanita sekadar memakai selendang di kepala selain digalakkan memakai serban,” katanya ketika ditemui di Pusat Aktiviti Belia Sikh Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Tuesday, August 2, 2011

Ahlan wasahlan ya Ramadhan =)


* Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada seluruh ummat Islam di seluruh dunia.... moga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yg lepas... sama2 lah kita merebut peluang utk beramal kepadaNya di dalam bulan yg penuh rahmat ini... =)

Thursday, July 21, 2011

'cik nd 1st giveaway'



ha.... nmpk x banner kt atas 2? hehehe... jOm kte ramai2 jOin cik nd penye giveaway... mne taw... kOt2 jd pemenang bertuah n berjaya mendapatkan adiah yg agk lumayan.... iaitu 3x reload RM10... ha.... jgn lepaskan peluang anda taw.... huhuhu!

p/s : kalau u all nk taw ngn lebih lanjut ag... jgn lupe utk mengunjungi tuan empunya giveaway ni... hehe.. silalah ke blog cik nd =))

Wednesday, July 20, 2011

Jgn Lupe "due" lesen memandu ~~~



KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang menimbang cadangan menggunakan tarikh lahir dalam penetapan tempoh akhir bagi memperbaharui lesen memandu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, cadangan itu sedang diperhalusi memandangkan ia dapat membantu pemandu mengingati tarikh luput lesen mereka.

"Kita dapati banyak kes pesalah trafik memberi alasan mereka lupa tarikh untuk memperbaharui lesen ketika ditahan dalam sekatan jalan raya,'' katanya pada pemberita di Wisma MCA di sini semalam.

Menurut beliau, asas kepada pelaksanaan skim itu ialah dengan membuat pelarasan tarikh tamat lesen memandu dengan tarikh lahir seseorang.

"Jika tarikh lahir individu tersebut yang akan datang tidak sampai enam bulan selepas tempoh akhir lesen memandunya, tiada bayaran akan dikenakan untuk pembaharuan,'' katanya.

Bagaimanapun jika tempoh antara kedua-dua tarikh itu melebihi enam bulan, bayaran pembaharuan yang akan dikenakan ialah separuh atau sebanyak 50 peratus.


p/s : sy skong.... t xde la alasan xingt nk barukn lesen sbb xingt due die... xknla xingt tarikh kelahiran sendiri kowtttt..... =))

Saturday, July 16, 2011

Salam Nisfu Syaaban =)



Pejam celik pejam celik tak sampai 2o hari lagi kita akan menyabut bulan yg penuh mulia iaitu ramadhan..namun sebelum kita sampai ke ramadhan bulan yg mulia kita akan menempuh bulan yg penuh dgn pengampunan iaitu bulan syaaban…dalam bulan syaaban terdapat nisfu syaaban…

Jadi, marilah kita sama-sama mencari pengampunan di bulan Rasulullah s.a.w ini…

Dalam sebuah hadith Rasulullah SAW bersabda :

”Keutamaan bulan Syaaban di atas semua bulan itu, seperti keutamaan aku di atas semua Nabi dan keutamaan bulan Ramadhan itu di atas semua bulan ibarat keutamaan Allah SWT di atas semua hamba-Nya.”

Bulan Syaaban adalah bulan Rasulullah dan bagi kita umatnya berbagai ganjaran yang disediakan untuk setiap amalan bagi persediaan menghadap bulan Ramadhan.

Salah satu amalan yang paling mudah yang perlu kita amalkan sepanjang bulan Syaaban adalah berdasarkan Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik :

“Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan laut dari sinar di bawah Arasy, lalu menciptakan satu Malaikat yang mempunyai dua sayap, satu sayapnya di timur dan sayapnya yang lain di barat, sedang kepalanya di bawah Arasy dan kedua kakinya di bawah lapis bumi ke tujuh. Apabila seseorang hambanya membaca selawat untukku di bulan Syaaban maka Allah SWT menyuruh Malaikat itu, supaya menyelam di air “Hidup”.

Malaikat itupun menyelam, kemudian keluar dari dalam air serta mengibas-ngibaskan kedua sayapnya, sehingga bertitisanlah air dari bulu-bulu yang sangat banyak sekali. Maka Allah SWT menciptakan dari tiap-tiap titis air itu, satu Malaikat yang memohonkan ampunan bagi orang yang membaca selawat, sampai hari Kiamat.”

~Nisfu Syaaban Malam Pengampunan~

Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah:

“Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).” [Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain].

Adapun amalan membaca Yasin sebanyak 3x pada malam tersebut sebenarnya adalah TIDAK WARID ( tiada sandaran ) dari Al Quran dan Hadis Rasulullah SAW. Namun…tidak salah kita nak membaca Yasin pada malam tersebut.Yang salahnya ialah kefahaman sebahagian orang melayu yang meletakkan kepercayaan bahawa MESTI BACA YASIN 3x. Itulah yang salah.

Dari Abu Hurairah r.a :

Nabi saw bersabda :

“Telah datang kepadaku Jibrail pada malam nisfu Syaaban dan dia berkata :

“Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintulah rahmat dibuka. Maka berdirilah dan kerjakan solat lalu angkatlah kedua tanganmu ke langit”.

Kata saya :

Hai Jibrail, apakah erti malam ini?”

Dia menjawab :

“Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah swt mengampuni orang-orang yang tidak mensyerikatkan Allah dengan sesuatupun, kecuali para ahli sihir, dukun, orang yang suka bermusuhan, peminum khamar, orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni sehingga mereka bertaubat dan tidak mengulangi.” (Zubdathul Wa’izhin)

Diriwayatkan, bahawa Nabi saw bersabda :

“Barangsiapa berpuasa tiga dari permulaan Syaaban dan tiga hari di pertengahan Syaaban dan tiga hari di akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya, pahala seperti pahala 70 Nabi, dan seperti orang-orang yang beribadah kepada Allah swt selama 70 tahun dan apabila dia mati di tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.”

Nabi saw bersabda :

“Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah dan berbuat ketaatan kepada-Nya serta menahan diri dari segala perbuatan maksiat, maka Allah swt mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam satu tahun itu dari segala macam bencana dan dari macam-macam penyakit.”

Kisah Buang Bayi...

Di pagi hari yang nyaman,dua orang sudah lanjut usianya duduk berehat-rehat. Pak Abu dan Pak Majid namanya. Yang Pak Abu membaca surat khabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun.

Pak Abu: Majid, engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya.

Pak Majid: Hmmmmm. Jawab Pak Majib macam acuh tak acuh je.

Pak Abu: Kot pun terdesak nak duit janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja kat pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. Betul tak Majid...?

Pak Majid:Hmmmmmmm... Sambil mengembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya...

Pak Abu: Kau ni kenapa Majid? Takkan berita ini kau tak ambil peduli ke? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pun tahu nak jaga anaknya.

Pak Majid: Hmmmm....Nilah aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku masa muda-muda dulu..Aku jual je anak-anakku tu..

Pak Abu: Hah??? Engkau biar betul Majid!

Pak Majid: Hoii.. Engkau sedar tak sekarang ni berada di mana? Sedarlah Abu....Kita sekarang di RUMAH ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam nilah, dah lama dah aku jual budak-budak tu!

Pak Abu: HEHEHEHEHE....

Thursday, July 14, 2011

tie untuk tidO =)

TOKYO: ‘Tali leher Nemuri’ yang bermakna ‘Tali Leher Tidur’ dalam bahasa Jepun adalah peralatan unik yang membolehkan pekerja yang keletihan tidur dalam keadaan selesa dan bergaya di meja mereka.

Ia kelihatan seperti tali leher biasa tetapi mempunyai lubang udara kecil yang tersembunyi di belakangnya. Ia akan menggelembung seperti bantal apabila ditiup.



Tali leher itu diperbuat daripada sutera dan mempunyai fiber mikro khas yang akan membantu menyejukkan kulit ketika cuaca panas, menurut akhbar Asahi.

Tali Leher Tidur itu, yang dicipta oleh KTM Co, mensasarkan pekerja pejabat yang suka tidur sekejap di meja mereka dan buat masa ini ia dijual dengan harga 2,500 yen (RM100).


Jepun terkenal dengan budaya korporat yang menyaksikan rakyatnya bekerja untuk tempoh masa yang panjang dan satu daripada segelintir tempat di dunia di mana perkataan ‘mati akibat terlalu kuat bekerja’ dicipta....

p/s : Erm.. lau ad d psrn Malaysia... blhla beli tie ni 1... t lau ngntuk lm kels leh gune.... hehehe =P

Monday, July 11, 2011

Prof. Serba Tahu =)



1)Soalan : Mengapa ayam berkokok waktu pagi?
Jawapan : Nak senaman suara

2)Soalan : Mengapa pisang tidak berbuah 2 kali?
Jawapan : Saja nak jaga harga pasaran

3)Soalan : Macam mana cara hendak membaca cepat?
Jawapan : Terus baca halaman terakhir

4)Soalan : Mengapa nenek moyang kita melarang panjat pokok betik?
Jawapan : Zaman sekarang sudah boleh, sebab nenek moyang kita sudah mati.Pergilah
panjat!

5)Soalan : Mengapa durian berduri?
Jawapan : seronok nak timpa kepala orang

Sunday, July 10, 2011

tIbI...



BATUK kering atau tibi ialah jangkitan bakterium, mycobacterium tuberculosis yang biasanya menyerang paru-paru (tibi pulmonari) juga mampu menyerang otak (meningitis), sistem saluran kencing dan sendi.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati imunisasi BCG akan melindungi kanak-kanak daripada mendapat tibi teruk.

Apabila kanak-kanak meningkat dewasa, risiko jangkitan sama dengan orang dewasa lain yang tidak mendapat imunisasi BCG.

Sukar menentukan bila penyakit tibi dapat dihapuskan di Malaysia memandangkan banyak faktor menyumbang kepada kemunculan semula penyakit itu termasuk:

* pendatang asing secara haram tidak disaring daripada penyakit ini
* pesakit lambat atau tidak mendapatkan rawatan kerana jahil mengenai penyakit itu
* penyakit HIV/AIDS

Tibi mempunyai pelbagai jenis misalnya paling lazim, tibi paru-paru yang boleh berjangkit ke bahagian lain seperti otak (tibi meningitis) atau tibi kulit yang menyebabkan kudis sukar sembuh berbanding kudis biasa yang mudah sembuh jika disapu ubat.

1) Tibi kelenjar atau lymphadenitis dikesan menerusi kehadiran bengkak kelenjar dan demam biasa yang berlarutan hingga dua atau tiga bulan manakala tibi tulang mungkin disedari selepas pemeriksaan X-ray terhadap tulang belakang yang sakit menunjukkan tulang itu patah walaupun pesakit tidak pernah jatuh atau kemalangan.

2) Tibi tekak atau larynx menyebabkan pesakit bersuara serak, susah hendak bernafas dan sukar menelan makanan, manakala tibi telinga menyebabkan telinga bernanah.

3) Tibi saluran kencing menyebabkan pesakit berasa sakit ketika membuang air kencing, kencing berdarah, sering kencing dan sakit pinggang, manakala tibi perut atau tibi usus akibat kuman yang masuk ke sistem pencernaan menyebabkan cirit-birit dan muntah.


~bakteria tIbI~


Tanda menghidap tibi:

* Batuk berdarah dan berkahak

* Batuk berterusan lebih dua minggu

* Lemah dan keletihan

* Susut berat badan

* Hilang selera makan

* Demam berpanjangan

* Berpeluh waktu petang malam

* Sakit dada apabila menarik nafas atau batuk

* Mudah letih


Bagaimana mengesan penyakit tibi?

* Jika mengalami tanda di atas, anda perlu melakukan pemeriksaan berikut:

* Pemeriksaan doktor

* Pemeriksaan kahak untuk pastikan kuman tibi

* Pemeriksaan x-ray dada


Fakta penting

* Penyakit tibi tidak boleh berjangkit melalui makanan dan minuman

* Tibi bukan penyakit keturunan

* Pesakit tibi yang menerima rawatan lebih dua minggu, tidak lagi menjangkiti orang lain

* Pesakit berpeluang sembuh jika mematuhi rawatan disediakan

Sunday, July 3, 2011

Kanser KOLON....



KANSER kolon berlaku di usus besar (kolon) atau bahagian akhir usus besar (rektum) yang berfungsi menghadamkan makanan serta pembuangan sisa. Ia penyakit pembunuh nombor satu lelaki di Malaysia serta kanser ketiga paling kerap menyerang penduduk negara ini yang menjadi penyebab kematian.Kanser ketiga tertinggi dihidapi penduduk dunia juga menyebabkan lebih setengah juta orang meninggal dunia.

Etnik Cina mencatat kadar kes kanser kolon paling tinggi mendahului kaum India dan Melayu. Punca sebenar kanser ini tidak diketahui, tetapi pelbagai faktor memainkan peranan. Ia berkait rapat dengan faktor keturunan, gaya hidup tidak sihat seperti merokok dan pengambilan alkohol dan amalan diet seperti kurangnya pengambilan makanan berserat serta obesiti.

Kanser kolon terbahagi kepada empat tahap. Tahap pertama, ketumbuhan yang bermula di bahagian dalam kolon atau rektum, tahap kedua, ia merebak menembusi dinding usus dan rektum, tahap ketiga, merebak menghampiri nodus limfa dan tahap keempat, kanser terus merebak ke bahagian lain tubuh seperti hati dan paru-paru.

Peringkat perkembangan kanser kolon dan peratusan peluang bertahan hidup lima tahun :-

A) ketumbuhan cuma di dinding usus — 95 hingga 100 peratus
B) ketumbuhan menembusi dinding usus — 65 hingga 75 peratus
C) merebak menyebabkan bengkak limfa — 30 hingga 40 peratus
D) merebak ke bahagian lain — kurang lima peratus


Golongan berisiko tinggi:

1) Anda atau ahli keluarga mempunyai polip kolorektal atau kanser kolorektal

2) Rasa sakit ketika membuang air besar seperti inflamasi kolon (yang menyebabkan cirit-birit, kadangkala dengan mukus berdarah dan kesakitan abdomen di bahagian bawah) atau penyakit crohn’s (menyebabkan penyekatan separa usus dan kesakitan dan cirit-birit) dalam beberapa tahun

3) Mempunyai sindrom genetik seperti familial adenomatous polyposis (FAP) atau hereditary nonpolyposis colorektal cancer (HNCC)


Simptom

1) Pendarahan rektal
2) Cirit-birit atau sembelit atau berselang-seli
3) Najis berwarna hitam atau najis berdarah
4) Sakit pada abdomen
5) Turun berat badan
6) Anemia (kurang darah)


Penyebab

1) Pengambilan makanan tinggi kandungan lemak dan rendah serat

- Banyak berlaku di negara Barat; kurang berlaku di Timur Jauh amalan ini meningkat di negara membangun.

2) Merokok dan mengambil alkohol

3) Obesiti

- Risiko untuk wanita obes mendapat kanser kolon lebih tinggi 50 peratus berbanding wanita dengan berat badan normal
- Risiko untuk lelaki obes pula ialah 80 peratus

4) Kurang melakukan aktiviti fizikal

- Tiga daripada setiap 100 orang mendapat penyakit ini disebabkan faktor keturunan.


p/s : Kira-kira 50 peratus boleh bertahan hidup lima tahun selepas mengalami kanser kolon. Pesakit yang ada simptom penyakit ini perlu melakukan pemeriksaan seperti kolonoscopi atau barium enema.

Tuesday, June 28, 2011

TANGKAP, AMBIL / PUKUL GAMBAR ???


Anis : Sya, boleh tak kau tolong aku ?

Sya : Tolong apa ?

Anis : Kau tolong tangkap gambar aku.


Sya : Kenapa ? Gambar kau terbang ke ?

Anis : Ala… xde la,,, erm,,, ambil gambar aku la….

Sya : Ambil gambar kau ? Di mana ?

Anis : Sya, tolonglah…. ! Janganlah buat lawak lagi. Aku dah pening ni. Cepatlah, pukul gambar aku.

Sya : Mana gambar kau ? Aku nak pukul kuat2.

Anis : Gggrrrrrr !!!!


p/s : sO.. conclusionnye.... tangkap/ ambil/ pukul... yg ne 1 ea yg btul? spe taw??? sila rajin2la m'beri komen/ pendapat anda ye... arigato' =) hihi....

Tuesday, June 21, 2011

Laman Petua =)



1) Ikan tak berbau busuk

- Erm… ni petua xnk bg ikn bsuk… meh kte ssme try amlkn.. i/ALLAH.. ikn yg dsmpn xkn berbau busuk.. ni tips/petua tuk ibu/wanita yg bkerja… yela.. biasanya ikn yg dibeli utk 2/3 hari disimpn di dlm peti sejuk. Namun…. Ad kalanya bekaln elektrik ttbe trputus n menyebbkn ikn jd busuk…. So,,, petua tuk ikn xbrbau busuk ialah….. Ambil ikn yg tlh disiang n ikn mestilah dah dicuci dgn bersih… gaulkn ikn dgn nasi sejuk n sedikit garam.. (nasi sejuk dr peti ais pom bole) hehe! Erm… nasi metilah tul2 sejuk taw! Coz…. Nasi yg panas/suam akn menyebabkn ikn busuk… kemudian.. n da last… esoknya, basuh ikn tersebut seperti biasa sblm dimasak….



2) Tembikai tahan lama

- Petua yg seterusnya… adlh nk jdkn tembikai supaya tahan lama…. Erm… bknnye smpai berminggu-minggu… huhhu! Stkt 2/3/4 hari jew… erm… coz… tembikai kn mudah layu n busuk (“masam”… menurut pglmn sndr) jika disimpn lama. So,,,, bg mengelakknya… sapukn kapur makan d pgkal tembikai… i/ALLAH,,, tembikai xkn mudah busuk n akn jd tahan lama sedikit drpd kebiasaannya…. Ermm… blm cuba blm tau… so.. tryla buat! Hehehe….

Kisah Kambing dan Ayam..


Kambing dan ayam adalah kawan baik. Mereka berkawan sejak mereka baru dilahirkan lagi. Pada suatu hari,ayam telah menghiaskan dirinya dengan menyangkut manik-manik yang berkilauan pada setiap helaian bulunya. Tajinya diasah sehingga berkilauan dan berjalanlah ia menuju ke kediaman kambing. Tiba di kediaman kambing, ayam pun menyapa sahabatnya itu.

Ayam: Kambing, pekabo?

Kambing: Baik. Wah,ayam. Bukan main lagi kau. Kau nak ke mana hensem-hensem ni.

Ayam: Takde ke mana. Sesajalah nak tengok reaksi engko.

Kambing: Tapi kan ayam, macam mana pun ko berhias, ko jalan tetap kaki ayam,kan?

Ayam: Ko kutuk aku ye. Ko pun apa kurangnya.

Kambing: Apa?

Ayam: Nampak macam alim. Bela janggut. Tapi telur nampak… =) hhuhu...!

Thursday, June 9, 2011

Jom Makan Ikan Haruan ?


Erm,,, npe ajak mkn ikn haruan lak? Ish…. Si gadis tulipzs ni… mcm2 tul la… huhuhu! Erm… tuk pgtahuan n perkongsian bersama.. ikn haruan ni sememangnya terkenal sbg sumber mknn dgn plbg khasiat kesihatan yg xdapat disangkal lagi (sumber: Utusan/Mega; 17 Mei 2011)….

Bg sspe yg xtau pe sbnrnye ikn haruan ni…. Ikn haruan adlh slh 1 ikn air tawar.. lau sspe yg asl dr kg 2…. Bawak2 mengucapla lau xkenl ikn haruan… haha! 2 blh dktekn bagaikn kacang melupakn kulitnye ar… yela,,, mau x… xkn xkenl ikn haruan… tmbh2 lau umh kt kg 2 brdekatan n berhmpiran ngn sawah…. Mesti kenl ikn haruan…. Tp… lau ‘org bndr’ 2… myb xkenl la pe bnd ikn haruan ni… erm… tp skg kn dunia da mju… lm intrnet pm leh search “ikn haruan”…. Mntk tlg je p.cik google…. Tlg cr pic ikn haruan… mesti ad…. !



Nama saintifik ikn haruan ni adlh “Channa Striatus”. Hidupan air tawar ni menjadi mknn yg sgt popular terutama di kalangan penduduk Asia. Ianya juga mempunyai khasiat kesihatan yg tinggi spt :

1) Mampu menyembuhkan luka
2) Mengurangkan kesakitan slps operate..
3) Baik/bagus utk ibu-ibu bersalin

Erm…. Ikn haruan ni sebenarnya kandungan asid amino n lemak yg baik utk memulihkan parut luka dgn lebih cepat n ianya juga sesuai merawat gastrik. Selain tu.. dlm ikn haruan nig k.. ad vitamin A yg blh meningkatkan daya ingatan, penglihatan, menjadikan kulit lbh halus n mengandungi bhn anti oksida; fungsinya: melambatkan proses penuaan…. Lg….. asid arasidonik yg ad dlm ikn haruan juga membantu pertumbuhan sel2 baru n kolagen bg pengekalan kulit muda…

Wow!! Bnyknye khasiat ikn haruan ni… erm,,,, kne try amlkn mkn ikn haruan ni…. Huhuhuhu! Erm…. Ikn haruan bkn seng nk dpt an? Ianya bkn ad d psrn cm ayam ke… ikn2 len… 2 yg sush nk amlkn mkn ikn haruan ni an? Tul x??? huhuhu… tp… jgn risau,,, dunia skg da serba canggih… cm2 produk baru di hasilkn… sme la ngn ikn haruan ni… skg ni…. Produk kesihatan yg berasaskn ikn haruan leh didapati dlm bentuk tablet… ianya memudhkn pengguna menikmatinya! n ianya bagus tuk “sspe” yg alahan ngn ikn air tawar… yela… ad yg ckp die xleh mkn ikn air tawar coz bau hanyir…. n so on!

Wednesday, June 8, 2011

Rama-rama hidup di dasar laut =)

Assalamualaikumu sume..... =)



Erm.... rama-rama jd topik utama tuk entry x ni.. hehe! bsenye kte xpelik lau dgr org2 ckp yg rama2 ni ad kt pkok la... kt ats batu la... kt ranring pkok yg da mati... terbang d awangan.... tp.. x ni... rama2 d dasar laut.. bley cye ke ea??? cam menipu je ea... bley ke rama2 hidup d dlm air/laut? apetah lg d dasar laut ea??? ishh... musykil2... huhu!

Yg sbnrnye rama2 d dasar laut ni ... adlh sejenis binatang d dasar laut iaitu.. "siput tanpa cengkerang".. xpm.. nme mnjenye adlh "nudibranch"..... ha,,, nudibranch ni cecOmel taw.. dorg ni memg hidup d dasar laut... n sush nk cm/cari dorg coz saiz dorg yg agk kecil.... bg sspe yg da biasa menyelm tuk tgk hidupn laut ni.. xpun sememangnya dia seOrg penyelam tegar... sememangnya xmustahil utk mereka mencari si nudibranch ni... =) saiz nudibranch ni adlh sebesar kepala mancis hingga ibu jari shj... ha! kecil an??? huhu.. 2 la uniknya "rama2" laut ni~~~



Si nudibranch ni gk ad geng2 dorg taw! jgn men2,,, kecil2 pm.. tetap berapi!! huhu... antara specis geng nudibranch ni adlh sprt : nembrotha kubaryana, black spot jorunna, glossodoris atromarginata dan flabellian exoptata... nudibranch ni juga merupakan haiwan yang bertoksik. Bagi menyelamatkan dirinya daripada menjadi mangsa ikan... biasanya, nudibranch ni makan makanan yang bertoksik bagi mengekalkan kandungan toksik di dalam badannya. ha.. yela2.. hidupn mne2 pm memerlukn cara msg2 tuk lindungi diri dorg drpd si pemangsa... sme gk la ngn geng nudibranch ni,,, dorg mkn mknn yg b'toksik spy jiran2 dorg... iaitu ikn n sewaktu dgnnya xmkn dorg~~~~ huuhu...




Selain dikenali dgn panggilan singkatan nudi, ad gk penyelam2 menggelarkan si nudibranch ni sbg permata + rama-rama di dasar laut. kn si nudi ni mempunyai warna-warna dan corak di badannya yg begitu menarik perhatian para penyelam kte....ha,, cantik pm cntik gk! kecil2 cili padi... hhuu... jangan sangka hidupan yang kecil dan secantik itu tidak bahaya. Ia beracun dan bertoksik. Toksik tersebut diperoleh menerusi proses makan bunga karang, alga, rumput laut, obor-obor, binatang moluska, krustasia atau telur ikan...

Nudibranch ni gk mampu menghasilkan racunnya sendiri. ha... trer an si nudi ni??? huhu! Biasanya.. dorg akn menyimpan zat-zat beracun di dalam badan + mengeluarkannya menerusi sel kulit/kelenjar bila diancam/diganggu si pemangsa... Selain itu, warna terang yg menghiasi nudibranch bukannya sekadar daya penarik semata-mata taw... malah,, ianya bertindak dlm memberi tanda visual pd pemangsa bahawa hidupan yg berwarna terang bermakna dagingnya tidak enak dimakan =) itulah rhsia si nudibranch.. rama-rama d dasar laut ni~~~~

Monday, June 6, 2011

M.I.S.T.E.R.I (E.coli menyukai wanita) !



Assalamualaikum n selamat pagi =) Erm... skg ni memg kecoh cter sal bakteria yg bernama E.coli ni an? mne xnye... setakat ni... da 18 nyawa diragut olehya... n 1800 lagi sedang menerima rawatan d hospital akibat cirit-birit.... wabak E.coli ni sememangnya amat membimbangkn penduduk Jerman n beberapa negara Eropah yg lain...

Erm.... sO.. kita sume mestilah mengambil lgkah berjaga-jaga wlpn negara "jauuuuuuhhhhh" cne yg mengalami ketakutn ttg jangkitn dr bakteria E.coli ni.... K.E.R.A.N.A....... E.coli ni gk da "melancong n membawa diri" di negara kita.... Malaysia... Di Malaysia, selain sayur-sayuran, pencemaran bakteria E.coli pernah dikesan di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu tahun lalu.

Bagaimanapun, keputusan ujian Jabatan Kimia Terengganu mendapati tahap pencemaran E.coli di situ adalah di antara dua hingga 920 MPN/100ml.Paras tersebut adalah di bawah tahap maksimum yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 5,000 mpm/100ml.Mintak dijauhkn dr sume ni.... Nauzubillah.... So.... lebih baik mencegah drpd mengubati taw....

Rsenye da ckup kot tuk pengenalan kpd bnd yg bernama E.coli ni... sbb tujuan utama entry ni adlh nk cter sal npe E.coli ni suka sgt ngn wanita/perempuan.... erm, blh dikatakn ssuatu yg misteri gk la an? yela... xde kajian yg menunjukkan jantina E.coli ni adlh "lelaki"... lau memg "lelaki" xmusykil la lau suka kt pmpn/wanita! hehehe...

Erm... menurut Akhbar Kosmo :-

Dalam kebanyakan kes penularan wabak sebelum ini, mangsa terdiri daripada kanak-kanak kerana sistem imun tubuh mereka belum dapat melawan keracunan makanan tetapi dalam kes E.coli di Jerman, kebanyakan daripada kira-kira 1,200 mangsa adalah wanita.

Para saintis tidak mengetahui puncanya. Salah satu teori ialah mangsa merupakan golongan yang gemar mengambil makanan organik dan rendah kalori seperti timun dan salad.

Bagaimanapun, saintis kini semakin berhati-hati dengan pandangan itu. Dr. Ulf Goebel dari Hospital Universiti Charite di Berlin berkata, bakteria jenis baharu yang dikesan di Jerman itu mungkin mempunyai sebab yang spesifik untuk menghuni tubuh wanita berbanding lelaki.

Apa yang menarik, dalam wabak yang melibatkan E.coli jenis itu di Amerika Syarikat pada tahun 1994, kebanyakan mangsa juga adalah wanita dengan purata umur 36 tahun.

Sehingga punca sebenar bakteria itu dikenali, pegawai-pegawai kesihatan Jerman menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada memakan tomato, timun dan salad mentah.


p/s : Sblm mkn pe2 pm... knelah dibasuh trlebih dahulu! 2 slh satu cara tuk elakkn bakteria msuk dlm bdn kita! Islam sendiri sememangnya menggalakkn umatnya utk menjaga kebersihan kn??? Renung2kn... n selamat beramal~~~

Sunday, June 5, 2011

Rumah Tidak Dikunjungi Malaikat Rahmat!



Salam sume... erm... blog ni da lem bersawang.. hehehe.. ntahla.. bnyk mnde yg mghalang tuk m'updte blog ni... huhu! cm blog x berpunye lak an.. huhuhu... =)

Erm... xnk membebel pepnjg... this time nk share sal sebab2 Malaikat Rahmat x dtg/masuk umh.. bnyk taw sebab2 npe Malaikat Rahmat ni x dtg/masuk umh "kita" (merangkumi sume..hehe).. k..

Antara sebab2 nye ialah :-

1)Rumah orang yang memutuskan tali persaudaraan. Sesungguhnya menghubungkan silaturahim adalah wajib, manakala memutuskannya maksiat dan berdosa besar.

2)Rumah orang yang menderhaka kepada ibu bapa. Kewajipan anak terhadap ibu bapa ialah berbuat baik, taat dan menghormati mereka. Menderhaka adalah sebesar-besar dosa selepas syirik kepada Allah. Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa terhadap anaknya dan kemurkaan Allah terletak pada kebencian ibu bapa terhadap anaknya.

3)Rumah orang yang memakan harta anak yatim. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik rumah orang Islam ialah rumah yang tinggal di dalamnya anak yatim yang diberi layanan baik terhadapnya. Dan seburuk-buruk rumah orang Islam ialah rumah yang tinggal di dalamnya anak yatim yang dianiaya.” (Riwayat Al-Imam Ibnu Maajah)

4)Rumah yang mempunyai anjing. Islam menitikberatkan soal kebersihan dan kesucian. Adanya anjing dalam rumah seorang Muslim memungkinkan adanya najis pada persekitaran rumah disebabkan jilatan dan kencing anjing atau seumpamanya.
Riwayat Imam Al-Bukhari menyatakan, Abi Talhah mendengar baginda Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Tidak akan masuk malaikat ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan tidak pula masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya patung.”

5)Rumah yang mengadakan majlis namun langsung tidak menyebut perkataan mengingati Allah. Sesuatu majlis yang tidak diisi dengan zikir seperti bertasbih, bertahmid, bertakbir dan tidak diisi ucapan selawat dan salam ke atas junjungan Nabi SAW disifatkan sebagai kelalaian, kerugian dan penyesalan disebabkan hilangnya kebajikan, tidak mendapat apa-apa ganjaran atau pahala, jauh daripada Malaikat Rahmat dan bertapaknya syaitan dalam majlis itu.
Ini sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidaklah satu kaum duduk dalam satu majlis di mana mereka tidak berzikir kepada Allah SWT melainkan ditimpakan ke atas mereka pengurangan pahala.” (Riwayat Al-Imam Ahmad)

6)Rumah yang banyak kedengaran di dalamnya caci maki. Contohnya mencaci maki sesama Muslim, mencaci maki orang yang meninggal dunia, kejadian alam, penyakit dan sebagainya.
Ini sebagaimana dinyatakan Rasulullah SAW yang bermaksud: “Seorang yang beriman bukan orang yang suka mencela, suka mengutuk, suka berbuat jahat dan bukan pula yang kotor lidahnya.” (Riwayat Al-Imam At-Tarmidzi)

7)Rumah orang yang dilaknat. Antara golongan yang dimaksudkan ialah orang yang terbabit dengan arak dan rasuah, orang yang merubah ciptaan Allah seperti membuat tatu pada tubuh badan, mencukur atau menipis bulu kening, lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki.




p/s : Rumahku... Syurgaku... =)

Friday, March 11, 2011

"Dia" ke jodohku ???



Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)


Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Friday, March 4, 2011

ADAB DI BILIK AIR~~~



ADAB KETIKA DI BILIK AIR :)

1) Masuk dengan mendahulukan kaki kiri
- Perkara ini bukan sahaja dilakukan oleh kita, malah Nabi Muhammad SAW sendiri mengamalkan adab ini tatkala melangkah masuk ke bilik air. Selain itu, disarankan menutup kepala dengan tuala kecil atas alasan menutup aurat kerana terdapar makhluk lain bersama anda ketika itu.

2) Menanggalkan pakaian dengan membaca doa
- Melindungi diri anda daripada gangguan syaitan yang jahat. Doanya ialah “Dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia.”

3) Jangan mandi bogel
- Disarankan untuk menutup tubuh badan ketika mandi walaupun bersendirian. Lagipun, mandi tanpa memakai seurat benang ini jatuh hukumnya makruh. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Jauhilah daripada perbuatan berbogel, sesungguhnya ada bersama-sama kamu orang yang tidak berpisah denganmu kecuali ketika membuang air (besar dan kecil) dan ketika seorang lelaki itu bersetubuh dengan isterinya.”

4) Jangan berlama-lama
- Tidak elok mandi terlalu lama. Keadaan ini boleh memberi kesan kepada paru-paru kita. Juga, dilarang bernyanyi dan mandi beramai-ramai sambil berborak kerana ia merupakan perkara yang dilarang dalam Islam.

5) Membaca doa keluar tandas
- “Ya Allah, dengan mengharapkan keampunanMu, segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan segala kekotoran dan menyihatkan aku.”

P/s : Renung2kan... dan selamat beramal~~~

Saturday, February 26, 2011

JOM MINUM TEH ??



Erm… dimulakan dengan pembuka kata…

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM ~~~~

Salam sume…hehehe,, jOm minum teh??? Erm,,,, npe ea ttbe entry x ni ckp sal teh?? Erm…sbnrnye…td ak ad bc paper… “Minum teh untuk tingkatkan kesihatan” ha,,, lbh kurg cm2 la tjuk artikel yg ak bc sal teh lm paper td :)

sO,,, ble da bc…..tringinla nk kOngsi sal khasiat teh yg ditOnjolkn lm artikel 2……
Erm,, upenye dlm sedar xsedar…. Sspe yg suke mnum teh 2,,,, terusknla ea?? Coz bnyk sgt faedah mnum teh ni….

Antaranya adlh ~~~~

1. Dapat meningkatkan taraf kesihatan
2. Mencegah penyakit
3. Boleh juga sebagai menyembuhkan penyakit tertentu

Faedah minum teh ni telah dibuktikan oleh pakar-pakar dalam hal ni.. :)
sO, marila kte sume brmuafakat + brganding bahu utk mgmlkn meminum teh dlm kehidupan kte sume.. ianya adlh sbg salah 1 usaha dlm mengamalkan gaya hidup yg sihat…..





P/s : Renung2kn…. + selamat beramal…

Tuesday, February 22, 2011

SHOPPING ONLINE ?



Peredaran masa membawa kita kepada pelbagai pendedahan dunia digital. Begitu juga dengan fesyan membeli-belah. Kini, membeli bukan suatu yang sukar dan membebankan, malah lebih mudah dengan hanya di hujung jari sahaja.

Membeli secara online, ataupun shopping online sememangnya telah menjadi “trend” pada masa kini. Lambakan peniaga yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan menjadikan alternatif dunia digital sebagai sumber pendapatan yang sememangnya lebih lumayan dengan modal yang kecil. Pelbagai cara boleh dilakukan, antaranya dengan mencipta blog, facebook, dan pelbagai lagi sebagai sumber perantaraan antara peniaga dengan pembeli.

Tetapi A.W.A.S !! sebagai pembeli, kita semua termasuk saya sendiri (walaupun xpernah mencuba “b’shopping” secara online…. hehehe), kita perlulah bijak dalam mengenal pasti sama ada peniagaan yang berurusan benar-benar wujud atau hanya penipuan. So, kat bawah ni sy share panduan-panduan asas utk renungan kita bersama bg sesape yang suka shopping online…. :

1) Bandingkan harga
- Mestilah jd kepastian kpd kita semua utk membandingkan harga bila kita membeli sesuatu kan? Jika beli dlm jumlah yg banyak, pastikan kita ditawarkan potongan harga kerana shopping online ni memerlukan kos enghantaran kan? Jadilah pengguna yang bijak….. 

2) Reputasi peniaga
- Pilihan mestilah relevan! Pilihlah peniaga yg mendapat komen mahupun reputasi yg baik drpd pembeli lain.

3) Testimoni pembeli
- Jangan mudah terpedaya dgn testimoni selidik yg diberikan oleh pembeli2 yg berurusan dgn peniaga. Coz…. Ditakuti terdapat penipuan pd pihak peniaga yg menggunakan rakan2 sebagai testimonial. So, pastikan testimony 2 benar2 drpd pembeli perniagaan tersebut.

4) Berhubung dari semasa ke semasa
- Slps membeli, berhubung dgn penjual dr semasa ke semasa sehingga kita memperoleh produk yg dibeli. Coz…. Supaya kita xtertipu kerana membeli secara online memerlukan pembeli membayar terlebih dahulu sblm produk dihantar.

5) Duit bank yang cukup
- Jika memang da confm nk beli produk yg diminati scr online, pastikan wang di dalam bank mencukupi mengikut kadar harga yg ditawarkan. Elakkan drpd menggunakan kad kredit coz ia akan mengundang 1 mslh lain yg kamu sendiri xdijangkakan.

Wednesday, February 9, 2011

SANTAU !!!



Salam sume kengkawan blogger.... hehehehe :) lme tul xupdate blog ni... erm,, nsb bek xbersawang ag.. :) ttbe mlm ni rse nk update lak... firstnye,, xtrpkir pm nk msukkn entry sal santau ni... tp,,, mse ngah cr bahan tuk assmnt td... search nye "kanak-kanak panas baran" tp..... ttbe lak ad kuar sal santau ni... pe lg,,, bce la.. memg trniat nk tau gk bnd2 sal ni... at least ad la pgtahuan sal ni sedikit sebanyak an?? hehe... sO,,, share kt cni.... thanks 2 (www.penawar.com).... kt cnila dop menyuluh ilmu sal santau td.... :)) k... selamat membaca sume!! hehehe ^_^

Santau dan racun menurut para perawat tradisional tidak pasti perbezaannya. Ramai di kalangan mereka berpendapat bahawa kedua-duanya adalah sama. Hal ini berlaku adalah kerana bahan-bahan yang digunakan untuk membuat santau dan racun adalah sama. Rawatannya juga adalah sama.

Terdapat beberapa ciri sahaja yang boleh dijadikan panduan bagi mengenal pasti samada seseorang itu terkena racun atau santau. Pada kebiasaannya, mangsa racun akan menderita serta-merta seperti berlakunya muntah darah. Mangsa santau mengambil masa lama menyebabkan mangsa tidak menyedari sehinggalah mangsa tersalah makan seperti limau nipis dan nenas. Ini adalah kerana mangsa santau amat sensitif kepada limau nipis dan nenas.

Jenis-jenis Santau:

Santau boleh dibahagikan kepada dua jenis:

• Jenis pertama: Santau yang diperbuat daripada adunan tertentu secara hakiki iaitu tidak melibatkan peranan jin dan syaitan. Jenis ini agak mudah dirawat.

• Jenis kedua: Santau yang disertai dengan pemujaan terhadapsyaitan dan syaitan. Ianya dikenali sebagai santau angin dan ianya agak sukar dirawat kerana melibatkan peranan jin.

Tanda-tanda Terkena Santau:

Jika seseorang mengalami gejala-gejala berikut maka beliau disyaki telah terkena santau:

•Batuk berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca.

•Istihadhah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih.

•Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Maghrib dan malam Jumaat. Kadang-kadang sakit menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu solat Jumaat.

•Sakit dan sesak nafas terutama waktu Maghrib.

*Lenguh seluruh anggota badan.

•Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.

•Mimpi jatuh dari tempat tinggi.

•Mimpi bahan-bahan miang seperti miang buluh dan ulat bulu.

•Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.

•Mimpi kanak-kanak kecil seperti mimpi menyusukan kanak-kanak tersebut.

•Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular.


•Mimpi makan makanan yang kotor seperti bangkai dan babi.

•Mimpi paderi Kristian, sami Budha atau bermimpi pergi ke tempat-tempat ibadat bukan Islam.

Kesan-kesan Santau:

Antara kesan-kesan santau terhadap mangsa adalah seperti berikut:

• Boleh membawa maut dengan izin Allah s.w.t.

• Hilang daya ingatan.

• Kulit akan merekah serta keluar air dan nanah.

• Tabiat akan berubah seperti seorang yang dikenali dengan penyabar bertukar
menjadi panas baran.

• Badan menjadi bongkok akibat batuk berpanjangan.

• Badan menjadi licin disebabkan seluruh buluh di badan telah gugur.

• Kelopak mata menjadi kehitaman akibat daripada tidur yang sering terganggu.

• Terjadinya kanser dan ketumbuhan.

• Jika pesakit hamil akan mengalami keguguran.

Berubatlah jika terdapat tanda-tanda di atas!

Rawatan:


• Berjumpa pengamal rawatan Islam

• Amalkan ayat-ayat pelindung

• Terapi Ruqyah

Saturday, January 29, 2011

SEDIA ?



Exam, peperiksaan, test, imtihan, sudah menjadi lumrah setiap pelajar mesti menghadapinya. “The examination is just araound the corner.” Itulah kata guru yg sentiasa take care of us!
Mana notaku? Mana bukuku? Inilah yg terjadi apabila terjadinya peperiksaan….

Ungkapan “Good Luck” pula biasa diungkapkan oleh ibu bapa, ahli keluarga, guru-guru dan juga kawan-kawan kita. Debaran kian kencang apabila diumumkan tarikh keputusan hanya tinggal beberapa hari lagi….. segala penat lelah selama ini dirasakan berbaloi apabila tercatatnya keputusan yg menggembirakan!

Tapi….. sedarkah kita itu hanyalah ujian yg dibuat oleh insan yg bergelar manusia? Bagaimana pula ujian yg Allah timpakan kpd kita?

Adakah kita; “Ya Allah.. tabahkanlah hati hambamu ini dalam menghadapi dugaan darimu.” Atau…. “Wahai Tuhanku, mengapa ini terjadi kepadaku? Mengapa? Mengapa?.” Tepuk dada….

Tanyalah iman! Adakah kita akan berusaha berijtihad utk mendapatkan yg terbaik di sana? Adakah dgn ujian itu akan membuatkan kita mampu utk mengukir senyuman gembira utk mendapatkan hasil yg terbaik di sana atau sebaliknya?



Sama-samalah kita renungkannya……..

Thursday, January 27, 2011

TEMU DUGA !



Dalam 1 sesi temuduga pengambilan kerani baru, tuan pengurus amat terkejut dengan penampilan salah seorang daripada calon yg hadir pada hari tersebut. Budak muda itu hanya memakai jean yg koyak di lutut, telinganya bersubang, rambutnya diwarnakan merah bercampur ungu dan berperwatakan yg amat tidak bersesuaian dgn jawatan yg telah ditetapkan.

Tapi nak tolak, tak boleh tolak macam 2 je…. Apa-apa pun dia kena ‘interview’ juga pemuda 2. Jadi, si pengurus ni pun tanyalah pemuda tersebut; “Kalau awak dapat buat 1 ayat dlm bahasa Inggeris dgn menggunakan perkataan yg saya bagi,, saya akan ambil awak bekerja dan seterusnya mengisi kekosongan jawatan ini ! Perkataan2nya ialah GREEN, PINK, YELLOW, BLUE, WHITE, PURPLE, dan BLACK !”

Setelah berfikir sejenak, pemuda tersebut pun menjawab soalan pengurus itu………..

“I hear the phone GREEN, GREEN….. GREEN…., Then I go and PINK up the phone, I say YELLOW…. BLUE’S that? WHITE did you say ? Aiya…! Wrong number la…. Don’t PURPLE disturb people and don’t call BLACK, okay ? Thank you.”

Pengurus itu terus pengsan !!!

Tuesday, January 25, 2011

DOA PILIHAN…




Dimulakan dgn lafaz Bismillahhirrahmanirrahim………

(1) Doa Selamat daripada Azab Neraka

FIRMAN Allah SWT : Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka jahannam daripada kami.. sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengerikan. Sesungguhnya neraka jahannam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk. (Surah al-Furqan: 65-66)

*Doa ini amat berfaedah diamalkan selepas solat 5 waktu, malahan ketika waktu
lain sekali pun…..

(2) Doa Keampunan dan Kerahmatan

FIRMAN Allah SWT : Wahai Tuhan kami, kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami dan sememangnya Engkaulah juga sebaik-baik Pemberi rahmat. (Surah al-Mu’minun)

*Berdoalah dengan doa ini agar beroleh rahmat yang dikurniakan oleh Allah kepada orang-orang yang beriman…..

Saturday, January 22, 2011

LELAKI BUDIMAN….



Sejak kenaikan harga bahan api, En. Naim menemani anaknya Zul , yg baru masuk kelas 1 ke sekolah dgn menaiki bas. Selepas tamat waktu persekolahan, mereka berdua pulang dgn perasaan gembira. Zul terus berlari mendapatkan ibunya yg menanti mereka di pintu rumah.

Zul : Mak, tadi, masa naik bas ayah suruh saya bangun dan beri tempat duduk kpd seorang perempuan.

Mak : Ha, macam 2 la anak mak. Itu yg sepatutnya dilakukan oleh lelaki budiman.

Zul : Tapi kan mak,,, masa 2 saya tengah duduk di atas riba ayah.

Mak : @????xx!!
Related Posts with Thumbnails