CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

we + us... :)

Daisypath Friendship tickers

Followers

Sunday, July 3, 2011

Kanser KOLON....



KANSER kolon berlaku di usus besar (kolon) atau bahagian akhir usus besar (rektum) yang berfungsi menghadamkan makanan serta pembuangan sisa. Ia penyakit pembunuh nombor satu lelaki di Malaysia serta kanser ketiga paling kerap menyerang penduduk negara ini yang menjadi penyebab kematian.Kanser ketiga tertinggi dihidapi penduduk dunia juga menyebabkan lebih setengah juta orang meninggal dunia.

Etnik Cina mencatat kadar kes kanser kolon paling tinggi mendahului kaum India dan Melayu. Punca sebenar kanser ini tidak diketahui, tetapi pelbagai faktor memainkan peranan. Ia berkait rapat dengan faktor keturunan, gaya hidup tidak sihat seperti merokok dan pengambilan alkohol dan amalan diet seperti kurangnya pengambilan makanan berserat serta obesiti.

Kanser kolon terbahagi kepada empat tahap. Tahap pertama, ketumbuhan yang bermula di bahagian dalam kolon atau rektum, tahap kedua, ia merebak menembusi dinding usus dan rektum, tahap ketiga, merebak menghampiri nodus limfa dan tahap keempat, kanser terus merebak ke bahagian lain tubuh seperti hati dan paru-paru.

Peringkat perkembangan kanser kolon dan peratusan peluang bertahan hidup lima tahun :-

A) ketumbuhan cuma di dinding usus — 95 hingga 100 peratus
B) ketumbuhan menembusi dinding usus — 65 hingga 75 peratus
C) merebak menyebabkan bengkak limfa — 30 hingga 40 peratus
D) merebak ke bahagian lain — kurang lima peratus


Golongan berisiko tinggi:

1) Anda atau ahli keluarga mempunyai polip kolorektal atau kanser kolorektal

2) Rasa sakit ketika membuang air besar seperti inflamasi kolon (yang menyebabkan cirit-birit, kadangkala dengan mukus berdarah dan kesakitan abdomen di bahagian bawah) atau penyakit crohn’s (menyebabkan penyekatan separa usus dan kesakitan dan cirit-birit) dalam beberapa tahun

3) Mempunyai sindrom genetik seperti familial adenomatous polyposis (FAP) atau hereditary nonpolyposis colorektal cancer (HNCC)


Simptom

1) Pendarahan rektal
2) Cirit-birit atau sembelit atau berselang-seli
3) Najis berwarna hitam atau najis berdarah
4) Sakit pada abdomen
5) Turun berat badan
6) Anemia (kurang darah)


Penyebab

1) Pengambilan makanan tinggi kandungan lemak dan rendah serat

- Banyak berlaku di negara Barat; kurang berlaku di Timur Jauh amalan ini meningkat di negara membangun.

2) Merokok dan mengambil alkohol

3) Obesiti

- Risiko untuk wanita obes mendapat kanser kolon lebih tinggi 50 peratus berbanding wanita dengan berat badan normal
- Risiko untuk lelaki obes pula ialah 80 peratus

4) Kurang melakukan aktiviti fizikal

- Tiga daripada setiap 100 orang mendapat penyakit ini disebabkan faktor keturunan.


p/s : Kira-kira 50 peratus boleh bertahan hidup lima tahun selepas mengalami kanser kolon. Pesakit yang ada simptom penyakit ini perlu melakukan pemeriksaan seperti kolonoscopi atau barium enema.

1 comments:

armouris

lagi info tentang kanser kolon di SIHAT SELALU - Kanser Kolon Perlu Dikesan Awal

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails