CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

we + us... :)

Daisypath Friendship tickers

Followers

Sunday, July 10, 2011

tIbI...



BATUK kering atau tibi ialah jangkitan bakterium, mycobacterium tuberculosis yang biasanya menyerang paru-paru (tibi pulmonari) juga mampu menyerang otak (meningitis), sistem saluran kencing dan sendi.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati imunisasi BCG akan melindungi kanak-kanak daripada mendapat tibi teruk.

Apabila kanak-kanak meningkat dewasa, risiko jangkitan sama dengan orang dewasa lain yang tidak mendapat imunisasi BCG.

Sukar menentukan bila penyakit tibi dapat dihapuskan di Malaysia memandangkan banyak faktor menyumbang kepada kemunculan semula penyakit itu termasuk:

* pendatang asing secara haram tidak disaring daripada penyakit ini
* pesakit lambat atau tidak mendapatkan rawatan kerana jahil mengenai penyakit itu
* penyakit HIV/AIDS

Tibi mempunyai pelbagai jenis misalnya paling lazim, tibi paru-paru yang boleh berjangkit ke bahagian lain seperti otak (tibi meningitis) atau tibi kulit yang menyebabkan kudis sukar sembuh berbanding kudis biasa yang mudah sembuh jika disapu ubat.

1) Tibi kelenjar atau lymphadenitis dikesan menerusi kehadiran bengkak kelenjar dan demam biasa yang berlarutan hingga dua atau tiga bulan manakala tibi tulang mungkin disedari selepas pemeriksaan X-ray terhadap tulang belakang yang sakit menunjukkan tulang itu patah walaupun pesakit tidak pernah jatuh atau kemalangan.

2) Tibi tekak atau larynx menyebabkan pesakit bersuara serak, susah hendak bernafas dan sukar menelan makanan, manakala tibi telinga menyebabkan telinga bernanah.

3) Tibi saluran kencing menyebabkan pesakit berasa sakit ketika membuang air kencing, kencing berdarah, sering kencing dan sakit pinggang, manakala tibi perut atau tibi usus akibat kuman yang masuk ke sistem pencernaan menyebabkan cirit-birit dan muntah.


~bakteria tIbI~


Tanda menghidap tibi:

* Batuk berdarah dan berkahak

* Batuk berterusan lebih dua minggu

* Lemah dan keletihan

* Susut berat badan

* Hilang selera makan

* Demam berpanjangan

* Berpeluh waktu petang malam

* Sakit dada apabila menarik nafas atau batuk

* Mudah letih


Bagaimana mengesan penyakit tibi?

* Jika mengalami tanda di atas, anda perlu melakukan pemeriksaan berikut:

* Pemeriksaan doktor

* Pemeriksaan kahak untuk pastikan kuman tibi

* Pemeriksaan x-ray dada


Fakta penting

* Penyakit tibi tidak boleh berjangkit melalui makanan dan minuman

* Tibi bukan penyakit keturunan

* Pesakit tibi yang menerima rawatan lebih dua minggu, tidak lagi menjangkiti orang lain

* Pesakit berpeluang sembuh jika mematuhi rawatan disediakan

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails