CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

we + us... :)

Daisypath Friendship tickers

Followers

Friday, August 5, 2011

Andropaus = Menopaus ?




Assalamualaikum sume.... erm.. entry x ni sal menopaus lelaki... aiii??? lelaki pun ad menopaus kew??? cam pelik jew.... xknla =).... ha... kenyataannya memg ya! Lelaki juga mengalami simptom menopaus tetapi ia dipanggil andropaus. Masalah tersebut dikatakan akan menyebabkan lelaki mengalami pengurangan libido atau keinginan seksual terhadap pasangan.

Andropaus merendahkan keupayaan fizikal, melemahkan kekuatan otot serta menyebabkan hipertrofi kelenjar prostat.

Antara tanda-tanda andropaus :-

* pembesaran payudara yang tidak normal menyerupai payudara wanita yang digelar ginekomastia...

Mereka yang tidak menyedari masalah ini akan turut menyebabkan penurunan serum dalam hormon testosteron yang akan mengganggu kecergasan tubuh badan.

Bukan itu sahaja, sindrom metabolisme juga mudah menyerang golongan lelaki yang membawa kepada penyakit kardiovaskular, diabetes melitus dan ED.

Golongan lelaki akan berdepan dengan masalah kepekaan hormon androgen yang dirembeskan kelenjar adrenal apabila usia semakin meningkat.

Tanda-tanda utama :-

1. kegagalan menghasilkan zuriat akibat bilangan sperma yang rendah
2. ketinggian tubuh badan menyusut
3. ketumpatan mineral dalam tulang menurun

Jangan sekali-kali mengabaikan simptom awal masalah androgen seperti anemia sederhana, peningkatan indeks jisim badan dan sukar untuk tidur, kerana ia boleh menyebabkan masalah tersebut menjadi lebih besar....

p/s : renung2kn n cepat bertindak... =)

2 comments:

KimiCnoL

baru taw ada andropaus..thanks ;)
kisah disebalik rusuhan london?

Syuki Mohd Sidi

hehehe... most welcOme =)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails