CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

we + us... :)

Daisypath Friendship tickers

Followers

Friday, March 4, 2011

ADAB DI BILIK AIR~~~



ADAB KETIKA DI BILIK AIR :)

1) Masuk dengan mendahulukan kaki kiri
- Perkara ini bukan sahaja dilakukan oleh kita, malah Nabi Muhammad SAW sendiri mengamalkan adab ini tatkala melangkah masuk ke bilik air. Selain itu, disarankan menutup kepala dengan tuala kecil atas alasan menutup aurat kerana terdapar makhluk lain bersama anda ketika itu.

2) Menanggalkan pakaian dengan membaca doa
- Melindungi diri anda daripada gangguan syaitan yang jahat. Doanya ialah “Dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia.”

3) Jangan mandi bogel
- Disarankan untuk menutup tubuh badan ketika mandi walaupun bersendirian. Lagipun, mandi tanpa memakai seurat benang ini jatuh hukumnya makruh. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Jauhilah daripada perbuatan berbogel, sesungguhnya ada bersama-sama kamu orang yang tidak berpisah denganmu kecuali ketika membuang air (besar dan kecil) dan ketika seorang lelaki itu bersetubuh dengan isterinya.”

4) Jangan berlama-lama
- Tidak elok mandi terlalu lama. Keadaan ini boleh memberi kesan kepada paru-paru kita. Juga, dilarang bernyanyi dan mandi beramai-ramai sambil berborak kerana ia merupakan perkara yang dilarang dalam Islam.

5) Membaca doa keluar tandas
- “Ya Allah, dengan mengharapkan keampunanMu, segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan segala kekotoran dan menyihatkan aku.”

P/s : Renung2kan... dan selamat beramal~~~

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails