Friday, October 15, 2010
"rEmOvE" it.....
Salam sume..hehehhehe,, entry x ni nk ckp sal sOmtg yg leh dipanggil racun....hehehehe:) Racun ni bahaya an? sO,, memg pttla kte "remove" ia...hik3!!
Erm..racun yg dimaksudkn lm entry ni adlh racun cinta....xnk b'celOteh pnjg2...juz straigh 2 da pOint ea... ni adlh 1/2 drpd racun cinta n cara kite nk "remOve" ia drpd kehidupn kite....
1. BOHONG
Apabila si dia mengajak kamu makan ke restoran kesukaannya seperti kedai mamak kamu hanya mendiamkan diri tanpa sebarang bantahan biarpun dalam hati kamu tidak suka pilihannya itu. Bukan itu sahaja apabila si dia bertanyakan tentang makanan yang kamu makan pun dengan semangat kamu menjawab “ sedap sangat”. Percaya atau tidak berbohong yang kecil seperti inilah yang akhirnya boleh menjadi bom waktu. Mungkin hari ini kamu boleh bersabar tetapi sampai bila boleh menipu diri dan akhirnya bila meletup kerana hal yang kecil ini ianya menjadi satu hal yang besar
Bersihkan! : Penawar paling mujarab untuk membersihkan diri dari berbohong adalah kejujuran. Mungkin di awalnya kamu boleh menurut permintaannya tetapi sekiranya sudah kerap sangat berbohong kamu juga yang akan susah nanti. Tidak perlu takut untuk mengatakan yang sebenar malah si dia pasti akan lebih menghargai kejujuran kamu dan cuba untuk berkompromi agar sama-sama rasa selesa dan bahagia.
2. EGO
Salah satu kunci kebahagiaan dalam sesebuah hubungan adalah saling mengerti antara satu sama lain. Namun masalahnya kamu sering kali sukar untuk menahan diri dari bersikap ego. Memang di akui semua orang ingin keinginannya diikuti ataupun dipenuhi biar pun hanya hal-hal yang kecil. Namun faktor inilah yang sering jadi perosak pada hubungan. Apabila si dia menolak keinginan kamu untuk dipenuhi, kamu akan mula menuduhnya dengan pelbagai tuduhan kononnya si dia pentingkan diri, tidak sayangkan kamu lagi dan sebagainya.
Bersihkan! : Perlu sentiasa ingat berkasih itu melibatkan dua orang dan dua hati. Jadi tidak mungkin kamu boleh berterusan meminta orang hanya mengerti serta memahami apa yang kamu inginkan. Sebaliknya kamu juga harus cuba untuk mengerti perasaan orang yang di sayang. Cara terbaik untuk membuang ego kamu adalah sering meletakkan diri kamu di tempat si dia. Misalnya bila kamu mengajak si dia menonton wayang, si dia tidak suka dengan pilihan filem kamu namun kamu tetap memaksanya menemani kamu. Bayangkan kamu di tempatnya, kamu tentu tidak sukakan dipaksa? Kamu mungkin bertuah kalau si dia hanya diam tanpa menunjukkan sebarang protes namun lama kelamaan setiap kesabaran itu tentu ada batasannya juga. Kalau si dia sudah tidak tahan, tidak mustahil sikap ego kamu itu akan jadi racun dalam menghancurkan hubungan kamu dan si dia.
nOta kaki: tQ sO much 2 "remaja"....infOrm ni ak petik kt cni..hehehe :))
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment