Friday, January 7, 2011
BERWUDUK ZAHIR + BATIN…
Seorang ahli sufi bernama Isam bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya…. Namun, dia selalu khuatir ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kpd orang yg dianggapnya lebih ibadatnya, demi utk memperbaiki dirinya yg selalu dirasai kurang khusyuk.
Pada suatu hari…. Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya; “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?”.
Hatim berkata; “Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin.” Isam bertanya lagi; “Bagaimana wuduk zahir dan batin itu?”.
Hatim berkata; “Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wuduk dgn air.. sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dgn 7 perkara:
1. Bertaubat
2. Menyesali dosa yg telah dilakukan
3. Tidak tergila-gilakan dunia
4. Tidak mencari + mengharapkan pujian orang hingga timbul rasa riak
5. Tinggalkan sifat berbangga
6. Tinggalkan sifat khianat + menipu
7. Meninggalkan sifat dengki
Seterusnya Hatim berkata; “Kemudian aku kemaskan diri dan menghadap kiblat. Aku berdiri dgn penuh kewaspadaan dan aku rasakan aku sedang berhadapan dgn Allah, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, Malaikat Maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula seolah-olah berdiri di atas ‘Sirataul Mustaqim’ dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.”
“Setiap bacaan dan doa dala solatku faham maknanya, kemudian ak rukuk dan sujud dengan tawaduk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.”
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yg kurang baik apabila dibandingkan dgn Hatim…..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment