CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

we + us... :)

Daisypath Friendship tickers

Followers

Monday, January 10, 2011

LALAT HIJAU NAIK ‘AIR ASIA’…. (biar betul ?)



Pertama kali mendapat berita saudaraku akan berkahwin dgn org Malaysia Timur bukan main seronok lagi. Bukannya apa, awal2 lagi sudah terbayang perjalanan yg menyeronokkan ke negeri jiran di seberang laut itu. Maklumlah, kita ni walaupun duduk 1 negara Malaysia, bukannya selalu berpeluang berjalan-jalan ke Sabah + Sarawak! Tp kalau di semenanjung, rasa2nya semua tempat dah pergi….

Kedatangan ke Bandar Miri, Sarawak memang sudah lama dirancang. Cuma masa sahaja yg tak sesuai. Masing2 sibuk dgn kerja. Jadi, inilah peluang nak membeli-belah sakan.

Agenda utama kedatangan ke Miri selain mengiringi pengantin adlh ‘shoping’. Awal2 lagi dah trbayang makanan laut yg hendak dijadikan ole-ole dari sana. Udang galah, ketam dan macam2 lagilah…. Maklumlah, khabarnya murah berbanding di semenanjung.

Selesai sahaja kenduri-kendara yg dijalankan, x sempat nak berehat lama di hotel penginapan di tengah2 Bandar Miri, aku dan beberapa keluarga lain sudah menjalar ke kedai2 etnik di pusat itu. Rambang mata tengok barangan etnik yg dijual. Dari meja corak puak kumbu sampailah ke gong! Kalau boleh dimuatkan ke dlm kargo, mahu sahaja rasanya diborong semuanya….

Aku dah x terkira berapa ribu habis dibelanjakan utk barang2 itu semua ! Itu belum termasuk cenderahati utk kawan2 lagi. 4 hari berada di sana memang xcukup lg utk ‘shoping sakan’. Hari terakhir, kami pun membeli lah makanan laut yg ada di sana. Berhabis la dlm anggaran rm1000 juga utk membeli udg galah. Besar2 pulak 2….! Tapi biasalah, kalau nak bawa udang (makanan basah) kenalah bungkus elok-elok. Dalam kepala ni dah berangan nak makan sakan bila dah sampai KL nanti ( bukan Kok Lanas taw).

Sampai di airport Miri, masalah telah timbul masa nak chek-in semua kotak berisi udang galah. Semua kotak tersebut ditahan dan dilarang utk dibawa masuk ke dlm kargo. Kami sempat bertegang lidah juga dengan pegawai di situ. Tetapi tetap hampa, semua kotak udang tersebut tetap tidak boleh dibawa masuk. Bila difikirkan balik, tak kanla nk buang, da hampir rm1000 berhabis semata-mata nak beli udang galah dari Miri ni.

Apalagi, kami pun nekad untuk mengangkut semua kotak itu ke dalam bilik air airport dan kemudian kali meminta tolong mak cik2 cleaner tolong carikan surat khabar lama utk membungkus udang2 tersebut dan kami masukkan bungkusan udang tersebut di dlm beg pakaian masing2. Bercampurlah bungkusan udang tersebut dgn semua pakaian dan barang2 kami yg lain.

Sewaktu melalui pemeriksaan imigresen di pintu masuk, pegawai di situ sempat menjeling tajam kepada kami. Agaknya mereka dapat tengok di skrin bahawa ada bungkusan udang di dlm beg pakaian yg bercampur dgn barang2 kami yg lain.

Nak dijadikan cerita, tak sampai ½ jam, masing2 sudah mula gelisah kerana beg pakaian kami masing2 sudah mula menimbulkan bau yg kurang menyenangkan ! Makin lama, makin kuat baunya dan bau udang drpd beg masing2 sudah tidak dpt disembunyikan lagi. semakit tinggi pesawat terbang, semakin kuat bau udang dalam beg kami yg diletakkan di tempat letak barang di atas kepala masing2. Tapi…. Yg paling membuatkan kami semua penumpang pesawat itu terkejut adlh bukan sahaja dgn bau yg tidak menyenangkan itu, bahkan juga ada seekor lalat hijau yg agak besar berada di dlm pesawat kami…. Ikut terbang dari Miri ke KL. Apalagi, apabila menyedari ad penumpang tambahan berada di dalam pesawat yg sama dgn kami, maka tak henti2 penumpang di dalam pesawat kami ketawa terbahak-bahak sehinggalah sampai mendarat di KLIA….

Itulah pengalaman yg tidak akn pernah dilupai di ingatan kami semua……….



P/s : cerita ini hanyalah rekaan + gurauan semata-mata. Tidak ada kaitan sedikit pun dengan yg masih hidup ataupun yg tlh meninggal dunia…. :)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails