CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

we + us... :)

Daisypath Friendship tickers

Followers

Friday, October 8, 2010

Fadhilat Surah Al-Waqiah...



Daripada Ibnu Abbas r.a berkata, Abu Bakar Al-Siddiq berkata: Wahai Rasulullah; sesungguhnya tuan berambut putih (kelihatan tua). Maka Nabi SAW bersabda:

"Saya berambut putih (kelihatan tua) kerana surah-surah Hud, Al-Waqiah, Al-Mursalat, Amma Yatasaalun dan Syamsu Kuwwirat."
Daripada Abi Dhibah berkata: " Telah sakit Abdullah yang boleh menyebabkan kematiannya.

Maka diziarahi oleh Osman Ibnu Affan r.a, beliau bertanya; apa yang kamu adukan? Beliau menjawab: Dosa-dosaku dan apa yang kamu mahu sekarang? Beliau menjawab: Rahmat Tuhanku. Perlukah saya memanggil doktor? Beliau menjawab; doktor lebih sakit daripada saya.

Usman berkata: "Adakah kamu perlukan kepada wang....."
Abdullah menjawab: "Saya tidak berhajat kepadanya."

Usman berkata: "Ini untuk anak-anak perempuan kamu selepas ketiadaan kamu. Beliau menjawab adakah kamu takut anak-anak perempuan saya jadi miskin?

Sesungguhnya saya perintah kepada mereka supaya membaca surah " Al-Waqiah" tiap-tiap malam. Seseungguhnya saya dengar Rasulullah bersabda:

"Sesiapa yang membaca surah "Al-Waqiah" tidak akan menjadi miskin ntuk selama-lamanya".

p/s: Amalkanlah membaca Al-Qur'an secara ISTIQAMAH...:))

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails