CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

we + us... :)

Daisypath Friendship tickers

Followers

Thursday, January 6, 2011

ISTIGHFAR SEBAGAI AMALAN…



Suatu hari, Hassan al-Basri dikunjungi seorang lelaki yg mengadu mengenai keadaan daerahnya yg kering kontang kerana dilanda kemarau..
Hassan menjawab; “Mohonlah ampun kepada Allah.”

Selepas itu, datang lagi seorang rakan yg mengadu bahawa dirinya ditimpa kemiskinan.
Sekali lagi Hassan menjawab; “Mohonlah ampun kepada Allah.”
Tidak lama kemudian, datang pula seseorang meminta didoakan agar dikurniakan anak dan reaksi Hassan ialah….

“Beristighfarlah kepada Allah.”
Kemudian datang lagi orang yg lain mengadu tentang kebunnya yg tandus, Hassan juga memintanya supaya beristighfar….

Jawapan Hassan itu menimbulkan rasa tidak puas hati para sahabatnya, lalu mereka bertanya; “Mengapa semua masalah itu hanya dapat diselesaikan melalui istighfar?”

Hassan berkata; “Saya tidak mengatakan semua itu secara suka-suka. Tetapi berdasarkan firman Allah dalam Surah Nuh; 10-12 yg bermaksud :

Maka aku katakan kepada mereka; "Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun; nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan membanyakkan harta dan anak-anakmu; mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai."

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails