CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

we + us... :)

Daisypath Friendship tickers

Followers

Saturday, January 15, 2011

TEMPAHKAN AKU SEBUAH BILIK DI NERAKA!



Nauzubillah….. !!! ini adalah perkongsian hasil pembacaanku dr sebuah majalah…. Menurut majalah tersebut….

Pada suatu hari, seorang gadis yg terpengaruh dgn cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini utk menuju ke destinasi di wilayah Iskandiah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yg terkenal dgn tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut amat menjolok mata. Bajunya amat nipis dan seksi hampir terlihat segala yg sepatutnya disembunyikan bagi seorang perempuan dr pandangan lelaki ajnabi. Gadis itu, dlm lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yg dipenuhi dengan uban menegurnya.

“Wahai saudari ! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yg baik, yg sesuai dgn ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik drpd kamu berpakaian begini yg pastinya menjadi pandangan liar kaum lelaki….”

Nasihat orang tua itu. Namun, nasihat yg sangat bertepatan dgn tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dgn jawapan mengejek.

“Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yg menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?”.

Setelah menghembuskan kata2 yg sangat mengguris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kpd orang tua tadi sambil melafazkan kata2 yg lebih dasyat!

“Ambil telefon ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku.”

Katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dgn begitu biadap.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis itu. Sayang wajahnya yg ayu tidak sama dgn perilakunya yg buruk. Penumpang2 yg lain turut terdiam… ada yg menggelengkan kepala kebingungan. Semua yg ada di dalam bas tidak menghiraukan gadis yg masih muda itu yg tidak menghormati hukum hakam dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan menghina agama dgn lebih teruk lagi.

10 minit kemudian, bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yg lain mengejutkannya tapi gadis tersebut x sedarkan diri. Orang tua tadi memeriksa nadi gadis itu. Sedetik kemudian, dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dlm keadaan yg tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dgn berita yg menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba2 tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar utk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi, mereka terkejut! Sesuatu yg aneh menimpa jenazah yg terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. 2 orang pemuda cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik sahaja menyentuhnya.

Akhirnya, mereka memanggil pihak keselamatan utk menguruskan mayat tersebut. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yg menimpa gadis malang tersebut….. apakah hasratnya menempah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.



P/s : Sangat baik jika kita semua jadikan kisah ini sebagai iktibar dan pengajaran. Jangan sesekali mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya dgn mempersendakan dan mengejek !!!

4 comments:

biha zack

wahhh...sungguh dasyat..kerana mulut badan binasa..ckp x pkai otak...kcian..

Syuki Mohd Sidi

erm... 2 la,,, lbh kpd syirik da kes ni... Nauzubillah!!! amik ikhtibar....

Anonymous

speachless. berani betul pompuan tu.

Syuki Mohd Sidi

erm... berani tegakkan benda yg sememngnye salah! 2 la padahnye.... Nauzubillah

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails